Ingatan buat hati

Alhamdulillah. Sedang diuji bertubi-tubi. Peluang untuk kuatkan hati. Ya. Susah nak pujuk hati supaya cekal. Masih lagi berusaha. Moga - moga berjaya. Amin. Susah nak ingatkan diri, aku tak punya sesiapa untuk berkongsi. Ketika tenggelam dalam dugaan, mata melilau mencari tangan yang sudi dihulur, menarik aku kembali ke kenyataan. Malang. Aku tak nampak hatta satu pun. Mungkin ditakdirkan untuk memendamkan sahaja.



Sedang belajar hidup sendirian. Ke sana sendiri. Ke sini sendiri. Buat ini sendiri. Buat itu juga sendiri. Tak mahu manjakan diri lagi. Berdikari. Tak mahu harapkan orang lagi. Bergantung pada kekuatan diri sendiri. Jatuh bangun sendiri. Biar tak berteman dalam nyata, tapi aku tahu DIA sentiasa ada. Biar tak mampu meluahkan rasa, tapi aku tahu DIA sentiasa sudi mendengarnya. Cuma aku yang terlalu malu. Lumrah. Masa gembira tak pernah nak ingat. Masa duka, baru kalut mencari. Betapa pentingkan dirinya aku. Kerana itu aku terlalu malu dengan -NYA.




Bukan semua manusia itu baik. Sedang berusaha menjadi lebih baik. Mohon ditetapkan iman. Moga mampu menangkis godaan syaitan. Berbuat baik sesama insan. Moga suatu hari nanti dibalas dengan baik juga. Biar bagaimana buruk layanan orang terhadap kita, jangan sesekali membalasnya dengan yang lebih buruk Balas lah dengan kebaikan. Moga pintu hatinya terbuka untuk berbuat baik dengan kita. Amin. Itu yang aku ingatkan hati bila syaitan menghasut. Moga hatiku tidak mati dalam mengasihani.




Aku tak mahu jadi budak cengeng lagi. Tak mahu terlalu mudah menitiskan air mata. Looser! Aku mahu merealisasikan namaku sendiri. Mahu saja aku batukan hati. Matikan hati. Tapi aku tak mahu jadi kejam.  Hatiku dah jadi macam time bomb. Bila - bila masa boleh meletup. Jangan cabar aku untuk itu. Tolong. Tolong. Tolong.





Setiap air mata yag aku titiskan mungkin kerana banyaknya aku menitiskan air mata orang lain. Hati yang terguris mungkin kerana banyaknya hati lain yang terguris keranaku. Jangan mencari kesalahan orang lain, tapi lihatlah kelemahan diri sendiri. Jujurlah dengan diri sendiri. Belajar hidup sendiri kerana bila masa yang dipinjam ini diambil kembali, kita juga akan sendiri di sana.