yang tak biasa dibiasakan

Dah setengah tahun, tapi ini baru entry pertama untuk tahun ni. Rajin betul kan? Haha. Bukan tak nak update, terlupa password. See? Teruk betul. Nampak sangat lama dah tak bukak kan, sampai password sendiri pon boleh lupa. Nak suruh siapa tolong engat tue? Makcik rumah sebelah? Hailaa~

Few days ago, hantar my adik pegi sambung belajar. Oh, tak sangka begitu cepat masa berlalu. My lil sister sekarang dah besar dah. Aku risaukan my lil sister tue sebenarnye. Yelah, selama ni tak pernah tinggalkan rumah, tapi sekarang dah kena berjauhan. Risau kalau-kalau dia tak boleh berdikari. Dah la alone aje kat sne, takde kawan yang dapat tempat sama. *eh, tp aku masa mula-mula masuk usm pon, takde kawan yang dah memang sedia kenal pon.boleh aje hidup kan. malaysia boleh! krik krik krik. choi~*

 Sekarang kat rumah tinggal ma abah dengan my lil brother. Mesti sunyi tambah-tambah nak puasa ni. Dulu, *eh, tak payah nak dulu sangat la* i mean ramadhan last year, semua empat-empat ada kat rumah. Complete. Tapi tahun ni tinggal ma abah adik bertiga aje, since my abang pon dah keje, aku pulak nak buat LI kt penang ni, and my lil sister dah pegi sambung belajar.

Balik lepas hantar adik, my abang balik kl. Tinggal aku aje la yang ikot balik taiping that day. Memang terasa sunyi tue. Kalau aku yang jarang-jarang ade kat rumah tue boleh terasa ketiadaan adik, ma tentu lebih rasa sbb all times kat rumah kan. bila ma masuk bilik adik, aku tawu ma rindu dia. Biasa lah, benda yang biasa, bila mula untuk tak dibiasakan tentu susah dan benda yang tak biasa untuk mula dibiasakan pon susah. It may takes time, but things will be okay.

Berat hati nak balik semalam actually, tak nak tinggal ma abah sebab takde siapa lagi yang aku boleh harap untuk tengok-tengokkan ma abah, dulu ade adik. Bila lewat sikit sampai semalam, ma call berkali-kali, risau katanya. Tapi aku tawu, actually ma sunyi dan rindu anak-anak dia. Tambah-tambah bila maghrib sampai isyak abah and my lil brother  g masjid, ma sekarang tinggal seorang kat rumah. At least dulu, ade adik temankan ma..

Oh, cengengnye aku, sambil tulis post ni pon aku boleh buat drama melayu. choi~ ok, see ya, mode study dah on jadi kene berjimba dengan nota sahaja. :)

Separuh jalan

Huwaa begitu lama jari-jari beta tak exercise. Ceitt sejak bila jadi puteri raja ni. Jangan perasan syuhh maen jauh2 sana. Tahun ni tahun kedekut. Kedekut cerita, kedekut idea. Hehe. Entah ape sebab musababnya otak ni macam ketandusan dan kekering kontang idea pulak. Tersumbat kot ek.*garu-garu kepala* Taktau ape patut aku hapdet kat blog ni.

Yes, tahun 2012 dah nak habis. Ape maknanya anak-anak? Ye! Pandai. Makin tua tak lama lagi. Sedar tak sedar kelip-kelip mata, dah separuh jalan aku kat sini.Separuh nyawa jugak. Jenuh kumpul sisa-sisa semangat, daya usaha yang bersepah-sepah nak habiskan lagi separuh jalan ni.

Tak lama lagi dah nak final, dan aku masih terkontang-kanting habiskan bacaan-bacaan yang menimbun. Mujur projek elektronik yang berchenta sungguh aku siapkan bersama teman-teman tu selesai dihantar pagi tadi. See? Orang laen dah berjimba dengan buku baka, aku masih pegang soldering iron lagi minggu-minggu ulangkaji ni. Bosan! Mujur menyala dan  emmm berjaya hoyeah hoyeah! *melompat-lompat macam budak-budak baru dapat gasing. errr ada lagi budak sekarang maen gasing ke? mane, budak-budak sekarang sibuk kelek ipad tab tab segala gajet kehulu kehilir je. Bukan macam zaman aku dulu. Jutaria tue dah kira highclass dah.*

Stress sungguh la dah hujung-hujung sem ni. Dengan nak final, dengan macam-macam la. Stress je aku g merayau-rayau sesorang. See? Aku sekarang lagi senang kemana mana sorang. Bila bila nak pegi pon, pegi je. Satu dua pagi nak g kepsi pon redah je. Tak sabar nak habiskan paper, dan angkut barang balik kampung halaman. Aku asyik layan stress aku je sampai lupa ramai lagi diuji ALLAH. Ade lagi teruk dari aku. Ditarik nikmat sihat. Ditarik nikmat itu, ini. Ditarik nyawa insan tersayang. Tapi masih cekal menghadap. Aku ni? Cengeng! Uji sikit, tekanan. Tak positif langsung. Bila entah nak berubah. *Sila masukkan dalam list azam tahun depan ye cik apple lemon*

Minggu-minggu ulangkaji ni, mari kita muhasabah diri, positifkan minda dan stay fokus. Jangan layan sangat godaan-godaan nafsu tu. Syuh syuh *tangan gawang-gawang macam halau nyamuk* Ceh aura nak jadi motivator kan aku ni. Padahal motibatak boleh la. Okay, pen's off. Malas la nak tulis, mengarut je lebih. Hee geram dengan diri sendiri.



p/s : Bila buku nak menggoda saya ni? Teringin nak dating berdua je dengan buku tanpa orang ketiga.

Olembek 2012

Hari ni sempat lah tengok ho ho ho limpik kat telebesen tue. Baru hari ni sedar kewujudan chanel sukan tue. Hampagas kan? Bertahun dah melanggan astro tue, chanel yang aku hafal TV1, TV2, TV3, RIA, PRIMA, OASIS, NTV7, TV ALHIJRAH, TV9, 8TV dengan chanel 701. 701 tue pon pasal aku gila CSI. Kalau x, takdenye der aku nak gatal-gatal tangan bukak chanel tue.


Oh, tadi aku tengok bola baling. Ya Rabbi. Aku rasa orang silap la panggil menan tue bola baling. Aku tengok deorang maen tue tak macam baling pon bola tue, macam rejam sampai tembus ade laa. Tengok deorang maen, rasa malu pulak nak mengaku aku penah jugaklah maen menan tue masa kecik-kecik dulu. Kalau nak bandingkan, memang jauh panggang dari api la aku nak merasa join ho ho ho limpik tue. Join ho ho ho lembek boleh laa. Haha.


Walau macam mana pon, semangat kesukanan tue yang penting. Urrrgghhhhh! Berkobar-kobar ni. Aku masih percaya Malaysia mampu berada sebaris dengan deorang-deorang tue walaupun tak tahu lagi bila boleh jadi kenyataan. Yang penting, SEMANGAT!!