Separuh jalan

Huwaa begitu lama jari-jari beta tak exercise. Ceitt sejak bila jadi puteri raja ni. Jangan perasan syuhh maen jauh2 sana. Tahun ni tahun kedekut. Kedekut cerita, kedekut idea. Hehe. Entah ape sebab musababnya otak ni macam ketandusan dan kekering kontang idea pulak. Tersumbat kot ek.*garu-garu kepala* Taktau ape patut aku hapdet kat blog ni.

Yes, tahun 2012 dah nak habis. Ape maknanya anak-anak? Ye! Pandai. Makin tua tak lama lagi. Sedar tak sedar kelip-kelip mata, dah separuh jalan aku kat sini.Separuh nyawa jugak. Jenuh kumpul sisa-sisa semangat, daya usaha yang bersepah-sepah nak habiskan lagi separuh jalan ni.

Tak lama lagi dah nak final, dan aku masih terkontang-kanting habiskan bacaan-bacaan yang menimbun. Mujur projek elektronik yang berchenta sungguh aku siapkan bersama teman-teman tu selesai dihantar pagi tadi. See? Orang laen dah berjimba dengan buku baka, aku masih pegang soldering iron lagi minggu-minggu ulangkaji ni. Bosan! Mujur menyala dan  emmm berjaya hoyeah hoyeah! *melompat-lompat macam budak-budak baru dapat gasing. errr ada lagi budak sekarang maen gasing ke? mane, budak-budak sekarang sibuk kelek ipad tab tab segala gajet kehulu kehilir je. Bukan macam zaman aku dulu. Jutaria tue dah kira highclass dah.*

Stress sungguh la dah hujung-hujung sem ni. Dengan nak final, dengan macam-macam la. Stress je aku g merayau-rayau sesorang. See? Aku sekarang lagi senang kemana mana sorang. Bila bila nak pegi pon, pegi je. Satu dua pagi nak g kepsi pon redah je. Tak sabar nak habiskan paper, dan angkut barang balik kampung halaman. Aku asyik layan stress aku je sampai lupa ramai lagi diuji ALLAH. Ade lagi teruk dari aku. Ditarik nikmat sihat. Ditarik nikmat itu, ini. Ditarik nyawa insan tersayang. Tapi masih cekal menghadap. Aku ni? Cengeng! Uji sikit, tekanan. Tak positif langsung. Bila entah nak berubah. *Sila masukkan dalam list azam tahun depan ye cik apple lemon*

Minggu-minggu ulangkaji ni, mari kita muhasabah diri, positifkan minda dan stay fokus. Jangan layan sangat godaan-godaan nafsu tu. Syuh syuh *tangan gawang-gawang macam halau nyamuk* Ceh aura nak jadi motivator kan aku ni. Padahal motibatak boleh la. Okay, pen's off. Malas la nak tulis, mengarut je lebih. Hee geram dengan diri sendiri.



p/s : Bila buku nak menggoda saya ni? Teringin nak dating berdua je dengan buku tanpa orang ketiga.