Dah setengah tahun, tapi ini baru entry pertama untuk tahun ni. Rajin betul kan? Haha. Bukan tak nak update, terlupa password. See? Teruk betul. Nampak sangat lama dah tak bukak kan, sampai password sendiri pon boleh lupa. Nak suruh siapa tolong engat tue? Makcik rumah sebelah? Hailaa~
Few days ago, hantar my adik pegi sambung belajar. Oh, tak sangka begitu cepat masa berlalu. My lil sister sekarang dah besar dah. Aku risaukan my lil sister tue sebenarnye. Yelah, selama ni tak pernah
tinggalkan rumah, tapi sekarang dah kena berjauhan. Risau kalau-kalau dia
tak boleh berdikari. Dah la alone aje kat sne, takde kawan yang dapat
tempat sama. *eh, tp aku masa mula-mula masuk usm pon, takde kawan yang
dah memang sedia kenal pon.boleh aje hidup kan. malaysia boleh! krik
krik krik. choi~*
Sekarang kat rumah tinggal ma abah dengan my lil brother. Mesti sunyi tambah-tambah nak puasa ni. Dulu, *eh, tak payah nak dulu sangat la* i mean ramadhan last year, semua empat-empat ada kat rumah. Complete. Tapi tahun ni tinggal ma abah adik bertiga aje, since my abang pon dah keje, aku pulak nak buat LI kt penang ni, and my lil sister dah pegi sambung belajar.
Balik lepas hantar adik, my abang balik kl. Tinggal aku aje la yang ikot balik taiping that day. Memang terasa sunyi tue. Kalau aku yang jarang-jarang ade kat rumah tue boleh terasa ketiadaan adik, ma tentu lebih rasa sbb all times kat rumah kan. bila ma masuk bilik adik, aku tawu ma rindu dia. Biasa lah, benda yang biasa, bila mula untuk tak dibiasakan tentu susah dan benda yang tak biasa untuk mula dibiasakan pon susah. It may takes time, but things will be okay.
Berat hati nak balik semalam actually, tak nak tinggal ma abah sebab takde siapa lagi yang aku boleh harap untuk tengok-tengokkan ma abah, dulu ade adik. Bila lewat sikit sampai semalam, ma call berkali-kali, risau katanya. Tapi aku tawu, actually ma sunyi dan rindu anak-anak dia. Tambah-tambah bila maghrib sampai isyak abah and my lil brother g masjid, ma sekarang tinggal seorang kat rumah. At least dulu, ade adik temankan ma..
Oh, cengengnye aku, sambil tulis post ni pon aku boleh buat drama melayu. choi~ ok, see ya, mode study dah on jadi kene berjimba dengan nota sahaja. :)
1 year ago