seorang saya!

ya
seorang saya tidak cukup baek untuk berjalan di sebelah anda
malah untuk berdiri jugak
terasa diri terlalu kerdil
sekecil semut di mata manusia
kerana anda semua begitu agung
sedangkan seorang saya hanya seorang insan hina

kerana itu anda tidak pernah gembira berkawan dengan seorang saya
kerana seorang saya hanya tahu menyakitkan hati anda
tidak lebih dari itu
malah senyum itu tidak pernah ada
untuk seorang saya
apatah lagi secebis tawa
kerana itu
sama ada seorang saya ada mahupun tiada
tak ubah seperti tiang bendera di tengah padang
kaku tanpa makna hatta secebis kuman pon

tak tahu di mana silapnya
tak sedar di mana salahnya
anda,seorang saya umpama obor-obor dengan manusia
bisa kalau berjumpa
seorang saya la si obor-obor yang penuh dengan racun
seorang saya tak mahu menuding sesiapa
malah seikhlas hati mengangkat tangan
mengibar bendera putih
ya
semua salah seorang saya
yang tidak pernah memahami
malah
seorang saya tidak pernah melakukan apa2
jua untuk anda
hatta mempelawa sebiji gula-gula
juga tidak pernah
pentingkan diri sendiri
cukup payah mengaku salah
cakap hanya mengikut hati
tanpa berfikir baek padahnya
ya
itu semua seorang saya
seorang saya!
anda umpama malaikat
yang akan sedaya upaya memohon maaf jika berlaku khilaf
walau bukan salah anda
yang sedaya upaya melupakan sebarang silap seorang saya
berpura-pura seperti tidak pernah terjadi apa-apa
seorang saya berbuat jahat terhadap anda,itu tak mengapa
tapi anda tidak boleh sama sekali
menjahati seorang saya
apatah lagi mengkhianati
tidak!
seorang sayalah yang jahat
dan andalah manusia yang paling baik
yang pernah seorang saya temui
sepanjang hidup seorang saya
sempurna!tanpa cela!
hatta sekecil tahi lalat pon

0 comments:

Post a Comment