gadget cool

Oh, lama tak menaip. Takde benda best nak dikongsi. Tapi semalam cik apple lemon tengok national geography. Baru aku tau yang semut ade henpon sendiri untuk contact geng - geng dia. Gila kaya lah cik semut ni. Aku dulu pon umur 17 baru ade henpon sendiri kot. Nak contact kawan - kawan terpaksa pinjam henpon dan prepaid mak. Ooohhh..so pathetic la cik apple lemon..cit.cit.cit.  Haa..cik kiah! Tak payah nak ngumpat aku belakang - belakang. Tue mulut dah berdarah - darah dah tue makan daging busuk. Hee. Aku nak desperate ke nak kuno ke aku punya hal la. Orang laen jangan sibuk pleaassseeeee.. *angguk-angguk* Good!


"Heleeh..baru tau ke semut ade henpon? Orang dah lama tau dah kot. Pending la si apple lemon ni."

Eh, suka perut aku la nak lambat ke ape ke. Selama ni aku tau je semut ni ade gadget sendiri nak halu - halu kawan - kawan dia. Cuma selama ni mati - mati aku ingat sesungut sepasang tercongok kat kepala dia tu la gadget yang gila cool tu. Rupanya salah! Haaa..mesti ramai taktau kan? *blink.blink.sengeh kemenangan* huh! gila yakin kan? Entah - entah aku sorang je yang taktau selama ni.

Oh, ya! Semut - semut ni sebenarnya ade satu rongga kat abdomen dia yang digunakan untuk menghantar isyarat-isyarat cinta buat kekasih hati. Eh, bukan. Bukan. Bukan isyarat cinta. Isyarat - isyarat bahawa lombong makanan telah ditemui dan mereka diminta memulakan operasi segera. Juga menghantar isyarat untuk menyerang musuh beramai-ramai. Ok. Tue aje. Taknak tulis panjang - panjang. Tata.

The first and the last

Ok! Baru aku perasan, untuk tahun 2012 ni, aku tak tinggal sebarang entri lagi. Aku bizi. Bizi menghadap buku - buku tebal aku. Bizi menghadap kertas - kertas soklan aku. Bizi menekan kalat aku. Bizi itu. Bizi ini. Bizi bodi pun iye jugak. Bla bla bla. Dan bla bla bla lagi. Eh, banyak cakap pulak dia ni. Gigit telinga kang! Hee! Bising!

Aku baru lepas azab menjawab preksa. Hee. Macam nak gila! Library la jadi rumah aku. Tak bolehnye duduk bilik tue. Takdenye rajin aku nak bukak buku kalau dah duduk kat bilik tue. Tau je exam tue takkan mungkin keluar soalan senang tahap tadika, tapi godaan katil,bantal tu lagi hebat goyahkan iman aku. Lepas tue, marathon le jawabnyee..

Aku takde benda nak tulis pon sebenarnya. Cuma nak tinggalkan entri pertama untuk tahun 2012 ni, dan yang terakhir sementara aku masih lagi belasan tahun ni. Kejap lagi, tua dah aku. Hehehe. No more teens girl! Aku dah buat list dah dalam kepala. Nak ubah itu. Nak ubah ini. Belum berjaya. Tapi takpe, bukan senang nak berubah kan. Yang penting ada keinginan. Aku tengah cuba ni. Ada la kurang sikit kot tabiat-tabiat buruk tu. *toink.toink.puji diri sendiri tue.dushdush!* ngeeheeeheee~

Oh, dah sembilanbelastahun aku hidup. Banyak benda yang aku dah buat. Banyak jugak benda yang patut aku buat tapi aku tak buat-buat lagi. Aku janji dengan diri sendiri, akan ada improvement. Akan! Kalau aku mungkir janji, aku akan telan diri sendiri. Huahuahua. Hee. Apa aku mengarut malam ni. Gila!

Semoga ada hadiah untuk aku. Hahaha. Gila tak malu kan. Bukan. Bukan. Aku tak harapkan hadiah pon. Aku cuma harapkan ada orang engat aje. Tu dah cukup. Tapi kalau siap nyanyi, lagi masyuk. hehe. Kalau korang kawan aku, baek korang engat. Kalau tak, aku lari pegi batu belah bertangkup. Hehehe. *smiling.Blink.Blink.*


p/s : tengah giat layan cerita Gemersik Kalbu episod episod yang terlepas tue kat sini. Memang layan lah! Macam sweet-sweet gitu kan. Kena pegi cari itu novel. Wajib buat koleksi. Ok, enough. Aku nak pegi tolong mak aku cuci kereta. Baek kan aku? Boleh buat calon menantu kan? Yang single - single boleh rekemen kat mak tau. *Blink.Blink* Ah, tak payah. Dah berlaki dah aku ni. Hehe. Pen's off. *smile*