"Heleeh..baru tau ke semut ade henpon? Orang dah lama tau dah kot. Pending la si apple lemon ni."
Eh, suka perut aku la nak lambat ke ape ke. Selama ni aku tau je semut ni ade gadget sendiri nak halu - halu kawan - kawan dia. Cuma selama ni mati - mati aku ingat sesungut sepasang tercongok kat kepala dia tu la gadget yang gila cool tu. Rupanya salah! Haaa..mesti ramai taktau kan? *blink.blink.sengeh kemenangan* huh! gila yakin kan? Entah - entah aku sorang je yang taktau selama ni.
Oh, ya! Semut - semut ni sebenarnya ade satu rongga kat abdomen dia yang digunakan untuk menghantar isyarat-isyarat cinta buat kekasih hati. Eh, bukan. Bukan. Bukan isyarat cinta. Isyarat - isyarat bahawa lombong makanan telah ditemui dan mereka diminta memulakan operasi segera. Juga menghantar isyarat untuk menyerang musuh beramai-ramai. Ok. Tue aje. Taknak tulis panjang - panjang. Tata.
0 comments:
Post a Comment