Olembek 2012

Hari ni sempat lah tengok ho ho ho limpik kat telebesen tue. Baru hari ni sedar kewujudan chanel sukan tue. Hampagas kan? Bertahun dah melanggan astro tue, chanel yang aku hafal TV1, TV2, TV3, RIA, PRIMA, OASIS, NTV7, TV ALHIJRAH, TV9, 8TV dengan chanel 701. 701 tue pon pasal aku gila CSI. Kalau x, takdenye der aku nak gatal-gatal tangan bukak chanel tue.


Oh, tadi aku tengok bola baling. Ya Rabbi. Aku rasa orang silap la panggil menan tue bola baling. Aku tengok deorang maen tue tak macam baling pon bola tue, macam rejam sampai tembus ade laa. Tengok deorang maen, rasa malu pulak nak mengaku aku penah jugaklah maen menan tue masa kecik-kecik dulu. Kalau nak bandingkan, memang jauh panggang dari api la aku nak merasa join ho ho ho limpik tue. Join ho ho ho lembek boleh laa. Haha.


Walau macam mana pon, semangat kesukanan tue yang penting. Urrrgghhhhh! Berkobar-kobar ni. Aku masih percaya Malaysia mampu berada sebaris dengan deorang-deorang tue walaupun tak tahu lagi bila boleh jadi kenyataan. Yang penting, SEMANGAT!!

malunya !

Hari ni macam lapang sikit. Heh, bukan lapang sangat pon. Saje nak lari sekejap dari buku - buku kertas - kertas tu semua. Dah berhari aku tak dapat study dengan tenang. Study sikit, terkenang. Bukak buku 15 minit, terbayang. Hah, mengganggu minda jiwa raga betul!




Tiga hari yang lepas, aku malu teramat. Insiden paling malu dalam tempoh dua tahun 2 bulan beberapa minggu ni. Aku benci bila tertangkap macam tue. Rasa macam nak lari pegi India menyamar jadi kajol sekejap. Dua bulan lagi baru balik. Kalau lah boleh kan... Ah, jangan nak kalau - kalau sangat lah. Semua benda pon possible dengan kalau kau tu. Tapi hakikatnya?? Hampeh kuasa tiga. Mencik!!




Paling aku kesal, masa aku buat tu la dia nak tengok segala bagai. Masa aku tak buat, tak tengok pulak. Tahukah anda, selama hampir setahun setengah saya tak buat benda tu. Benci bila tertangkap buat benda yang saya jarang - jarang sangat buat,atau dah lama gila tak buat, lepas tue masa tue jugak lah nak terkantoi. Dan benda tu pon, bukan saya yang mulakan. Mereka! Rasa macam nak jerit "saya tak salah, innnceeekkkk!" . Kat situ jugak. Niat saya baik, semuanya atas nama kawan. Huhuhu. Mak!! Nak teghiakk ni.. Sob sob sob.. Terasa macam diri ini sangat jahat sebab macam dah betray beliau. Walaupun hakikatnya, TIDAK SAMA SEKALI. Nak sebut perkataan melayunye, macam teruk sangat aje bunyinye. Jadi, mohon pinjam bahasa omputih tue sekejap ek. Hei, tapi aku bukan buat benda merapu pon tau. Sumpah!





Sejak tue, rasa serba salah dengan beliau. Ye, beliau memang cakap beliau tak marah, tapi sedikit sebanyak saya tawu, mesti terselit rasa kecewa tu kat mana - mana kan. Rasa malu nak contact dengan beliau. Takut beliau tinggal saya. Takut beliau salah faham dengan saya. Takut beliau punya pandangan terhadap seya berubah. Takut sangat!





Takpe, percaya pada jodoh. Amin..

Ingatan buat hati

Alhamdulillah. Sedang diuji bertubi-tubi. Peluang untuk kuatkan hati. Ya. Susah nak pujuk hati supaya cekal. Masih lagi berusaha. Moga - moga berjaya. Amin. Susah nak ingatkan diri, aku tak punya sesiapa untuk berkongsi. Ketika tenggelam dalam dugaan, mata melilau mencari tangan yang sudi dihulur, menarik aku kembali ke kenyataan. Malang. Aku tak nampak hatta satu pun. Mungkin ditakdirkan untuk memendamkan sahaja.



Sedang belajar hidup sendirian. Ke sana sendiri. Ke sini sendiri. Buat ini sendiri. Buat itu juga sendiri. Tak mahu manjakan diri lagi. Berdikari. Tak mahu harapkan orang lagi. Bergantung pada kekuatan diri sendiri. Jatuh bangun sendiri. Biar tak berteman dalam nyata, tapi aku tahu DIA sentiasa ada. Biar tak mampu meluahkan rasa, tapi aku tahu DIA sentiasa sudi mendengarnya. Cuma aku yang terlalu malu. Lumrah. Masa gembira tak pernah nak ingat. Masa duka, baru kalut mencari. Betapa pentingkan dirinya aku. Kerana itu aku terlalu malu dengan -NYA.




Bukan semua manusia itu baik. Sedang berusaha menjadi lebih baik. Mohon ditetapkan iman. Moga mampu menangkis godaan syaitan. Berbuat baik sesama insan. Moga suatu hari nanti dibalas dengan baik juga. Biar bagaimana buruk layanan orang terhadap kita, jangan sesekali membalasnya dengan yang lebih buruk Balas lah dengan kebaikan. Moga pintu hatinya terbuka untuk berbuat baik dengan kita. Amin. Itu yang aku ingatkan hati bila syaitan menghasut. Moga hatiku tidak mati dalam mengasihani.




Aku tak mahu jadi budak cengeng lagi. Tak mahu terlalu mudah menitiskan air mata. Looser! Aku mahu merealisasikan namaku sendiri. Mahu saja aku batukan hati. Matikan hati. Tapi aku tak mahu jadi kejam.  Hatiku dah jadi macam time bomb. Bila - bila masa boleh meletup. Jangan cabar aku untuk itu. Tolong. Tolong. Tolong.





Setiap air mata yag aku titiskan mungkin kerana banyaknya aku menitiskan air mata orang lain. Hati yang terguris mungkin kerana banyaknya hati lain yang terguris keranaku. Jangan mencari kesalahan orang lain, tapi lihatlah kelemahan diri sendiri. Jujurlah dengan diri sendiri. Belajar hidup sendiri kerana bila masa yang dipinjam ini diambil kembali, kita juga akan sendiri di sana.