Separuh jalan

Huwaa begitu lama jari-jari beta tak exercise. Ceitt sejak bila jadi puteri raja ni. Jangan perasan syuhh maen jauh2 sana. Tahun ni tahun kedekut. Kedekut cerita, kedekut idea. Hehe. Entah ape sebab musababnya otak ni macam ketandusan dan kekering kontang idea pulak. Tersumbat kot ek.*garu-garu kepala* Taktau ape patut aku hapdet kat blog ni.

Yes, tahun 2012 dah nak habis. Ape maknanya anak-anak? Ye! Pandai. Makin tua tak lama lagi. Sedar tak sedar kelip-kelip mata, dah separuh jalan aku kat sini.Separuh nyawa jugak. Jenuh kumpul sisa-sisa semangat, daya usaha yang bersepah-sepah nak habiskan lagi separuh jalan ni.

Tak lama lagi dah nak final, dan aku masih terkontang-kanting habiskan bacaan-bacaan yang menimbun. Mujur projek elektronik yang berchenta sungguh aku siapkan bersama teman-teman tu selesai dihantar pagi tadi. See? Orang laen dah berjimba dengan buku baka, aku masih pegang soldering iron lagi minggu-minggu ulangkaji ni. Bosan! Mujur menyala dan  emmm berjaya hoyeah hoyeah! *melompat-lompat macam budak-budak baru dapat gasing. errr ada lagi budak sekarang maen gasing ke? mane, budak-budak sekarang sibuk kelek ipad tab tab segala gajet kehulu kehilir je. Bukan macam zaman aku dulu. Jutaria tue dah kira highclass dah.*

Stress sungguh la dah hujung-hujung sem ni. Dengan nak final, dengan macam-macam la. Stress je aku g merayau-rayau sesorang. See? Aku sekarang lagi senang kemana mana sorang. Bila bila nak pegi pon, pegi je. Satu dua pagi nak g kepsi pon redah je. Tak sabar nak habiskan paper, dan angkut barang balik kampung halaman. Aku asyik layan stress aku je sampai lupa ramai lagi diuji ALLAH. Ade lagi teruk dari aku. Ditarik nikmat sihat. Ditarik nikmat itu, ini. Ditarik nyawa insan tersayang. Tapi masih cekal menghadap. Aku ni? Cengeng! Uji sikit, tekanan. Tak positif langsung. Bila entah nak berubah. *Sila masukkan dalam list azam tahun depan ye cik apple lemon*

Minggu-minggu ulangkaji ni, mari kita muhasabah diri, positifkan minda dan stay fokus. Jangan layan sangat godaan-godaan nafsu tu. Syuh syuh *tangan gawang-gawang macam halau nyamuk* Ceh aura nak jadi motivator kan aku ni. Padahal motibatak boleh la. Okay, pen's off. Malas la nak tulis, mengarut je lebih. Hee geram dengan diri sendiri.



p/s : Bila buku nak menggoda saya ni? Teringin nak dating berdua je dengan buku tanpa orang ketiga.

Olembek 2012

Hari ni sempat lah tengok ho ho ho limpik kat telebesen tue. Baru hari ni sedar kewujudan chanel sukan tue. Hampagas kan? Bertahun dah melanggan astro tue, chanel yang aku hafal TV1, TV2, TV3, RIA, PRIMA, OASIS, NTV7, TV ALHIJRAH, TV9, 8TV dengan chanel 701. 701 tue pon pasal aku gila CSI. Kalau x, takdenye der aku nak gatal-gatal tangan bukak chanel tue.


Oh, tadi aku tengok bola baling. Ya Rabbi. Aku rasa orang silap la panggil menan tue bola baling. Aku tengok deorang maen tue tak macam baling pon bola tue, macam rejam sampai tembus ade laa. Tengok deorang maen, rasa malu pulak nak mengaku aku penah jugaklah maen menan tue masa kecik-kecik dulu. Kalau nak bandingkan, memang jauh panggang dari api la aku nak merasa join ho ho ho limpik tue. Join ho ho ho lembek boleh laa. Haha.


Walau macam mana pon, semangat kesukanan tue yang penting. Urrrgghhhhh! Berkobar-kobar ni. Aku masih percaya Malaysia mampu berada sebaris dengan deorang-deorang tue walaupun tak tahu lagi bila boleh jadi kenyataan. Yang penting, SEMANGAT!!

malunya !

Hari ni macam lapang sikit. Heh, bukan lapang sangat pon. Saje nak lari sekejap dari buku - buku kertas - kertas tu semua. Dah berhari aku tak dapat study dengan tenang. Study sikit, terkenang. Bukak buku 15 minit, terbayang. Hah, mengganggu minda jiwa raga betul!




Tiga hari yang lepas, aku malu teramat. Insiden paling malu dalam tempoh dua tahun 2 bulan beberapa minggu ni. Aku benci bila tertangkap macam tue. Rasa macam nak lari pegi India menyamar jadi kajol sekejap. Dua bulan lagi baru balik. Kalau lah boleh kan... Ah, jangan nak kalau - kalau sangat lah. Semua benda pon possible dengan kalau kau tu. Tapi hakikatnya?? Hampeh kuasa tiga. Mencik!!




Paling aku kesal, masa aku buat tu la dia nak tengok segala bagai. Masa aku tak buat, tak tengok pulak. Tahukah anda, selama hampir setahun setengah saya tak buat benda tu. Benci bila tertangkap buat benda yang saya jarang - jarang sangat buat,atau dah lama gila tak buat, lepas tue masa tue jugak lah nak terkantoi. Dan benda tu pon, bukan saya yang mulakan. Mereka! Rasa macam nak jerit "saya tak salah, innnceeekkkk!" . Kat situ jugak. Niat saya baik, semuanya atas nama kawan. Huhuhu. Mak!! Nak teghiakk ni.. Sob sob sob.. Terasa macam diri ini sangat jahat sebab macam dah betray beliau. Walaupun hakikatnya, TIDAK SAMA SEKALI. Nak sebut perkataan melayunye, macam teruk sangat aje bunyinye. Jadi, mohon pinjam bahasa omputih tue sekejap ek. Hei, tapi aku bukan buat benda merapu pon tau. Sumpah!





Sejak tue, rasa serba salah dengan beliau. Ye, beliau memang cakap beliau tak marah, tapi sedikit sebanyak saya tawu, mesti terselit rasa kecewa tu kat mana - mana kan. Rasa malu nak contact dengan beliau. Takut beliau tinggal saya. Takut beliau salah faham dengan saya. Takut beliau punya pandangan terhadap seya berubah. Takut sangat!





Takpe, percaya pada jodoh. Amin..

Ingatan buat hati

Alhamdulillah. Sedang diuji bertubi-tubi. Peluang untuk kuatkan hati. Ya. Susah nak pujuk hati supaya cekal. Masih lagi berusaha. Moga - moga berjaya. Amin. Susah nak ingatkan diri, aku tak punya sesiapa untuk berkongsi. Ketika tenggelam dalam dugaan, mata melilau mencari tangan yang sudi dihulur, menarik aku kembali ke kenyataan. Malang. Aku tak nampak hatta satu pun. Mungkin ditakdirkan untuk memendamkan sahaja.



Sedang belajar hidup sendirian. Ke sana sendiri. Ke sini sendiri. Buat ini sendiri. Buat itu juga sendiri. Tak mahu manjakan diri lagi. Berdikari. Tak mahu harapkan orang lagi. Bergantung pada kekuatan diri sendiri. Jatuh bangun sendiri. Biar tak berteman dalam nyata, tapi aku tahu DIA sentiasa ada. Biar tak mampu meluahkan rasa, tapi aku tahu DIA sentiasa sudi mendengarnya. Cuma aku yang terlalu malu. Lumrah. Masa gembira tak pernah nak ingat. Masa duka, baru kalut mencari. Betapa pentingkan dirinya aku. Kerana itu aku terlalu malu dengan -NYA.




Bukan semua manusia itu baik. Sedang berusaha menjadi lebih baik. Mohon ditetapkan iman. Moga mampu menangkis godaan syaitan. Berbuat baik sesama insan. Moga suatu hari nanti dibalas dengan baik juga. Biar bagaimana buruk layanan orang terhadap kita, jangan sesekali membalasnya dengan yang lebih buruk Balas lah dengan kebaikan. Moga pintu hatinya terbuka untuk berbuat baik dengan kita. Amin. Itu yang aku ingatkan hati bila syaitan menghasut. Moga hatiku tidak mati dalam mengasihani.




Aku tak mahu jadi budak cengeng lagi. Tak mahu terlalu mudah menitiskan air mata. Looser! Aku mahu merealisasikan namaku sendiri. Mahu saja aku batukan hati. Matikan hati. Tapi aku tak mahu jadi kejam.  Hatiku dah jadi macam time bomb. Bila - bila masa boleh meletup. Jangan cabar aku untuk itu. Tolong. Tolong. Tolong.





Setiap air mata yag aku titiskan mungkin kerana banyaknya aku menitiskan air mata orang lain. Hati yang terguris mungkin kerana banyaknya hati lain yang terguris keranaku. Jangan mencari kesalahan orang lain, tapi lihatlah kelemahan diri sendiri. Jujurlah dengan diri sendiri. Belajar hidup sendiri kerana bila masa yang dipinjam ini diambil kembali, kita juga akan sendiri di sana.

Kekesalan

Pernah tak anda rasa macam krangpung-krempeng-teng-tang-tonggeng-tonggeng lepas buat sesuatu? Dan mula keluarkan ayat - ayat piawai --> "... kenapa la aku buat macam tu? bodohnya aku.." "... kalau la aku tak buat camtu, mesti tak jadi camni.." "...bla bla bla.." Dan mula rasa macam nak cungkil - cungkil taik telinga. hee. tak senonohnye aku ni.

Ok. Hari ni aku rasa sangat bodoh dan diperbodohkan. Aku rasa aku dah tipu diri aku sendiri. Bagi harapan palsu pada diri sendiri. Sedangkan aku tau, it is impossible. Kalau aku tak perbodohkan diri aku, aku tak payah susahkan abah aku, ma aku. Heee. Rasa nak jentik - jentik telinga ni. Dan aku tak payah nak rasa sakit hati. Rasa kena tipu. Noktah.

One thing aku nak tekankan. Never ever bagi harapan pada diri sendiri. Dan satu lagi. Kalau anda dah mula jatuh cinta, jangan pernah percaya 100% pada someone tu. Simpan sedikit peratus tu untuk jaminan kebahagiaan diri sendiri. Mungkin ada yang tak faham apa aku nak cakap, takpe.. Cukup sekadar anda ambik main point aje. Jangan letak kepercayaan 100% pada orang.  Dan jangan menaruh harapan terlalu tinggi. Takut tak mampu digapai, tapi jatuh tersungkur pulak.


Wahai jejaka-jejaka yang ada. Bila a gurl cakap takpe, tak payah, atau sokay. Percayalah. Sebenarnya dia mengharapkan anda akan cakap i'll do it atau i'll make it possible. Mungkin bukan semua, tapi aku camtu la. Hehe.


And one more thing. Wahai adik - adik ku.. Akak ni bukan pelajar sekolah menengah, apatah lagi murid sekolah rendah. Tapi, i'm 20 okay? Cari yang sebaya ye.. Jangan per"kecik"kan saya yang sedia kecik ni. Penat.

kembali dan akan kembali :)

Berbulan tak menjenguk. Maaf ye. Malas. Eh, bukan malas. Cuma salah satu usaha penjimatan tenaga. Sekarang semua kena jimat. Letrik. Masa. Duit. Dan juga idea. Hehehe. *Oh, sebenarnya aku tak ada idea langsung nak tulis apa. Kening kanan ke atas ala-ala kak ziana. Dengan dahi berkerut-kerut. Fikir. Nak tulis apa. Sumpah buruk rupanya! Phewwww*


Ye anak-anak! Hari ni cikgu nak ajar pasal sinonim ye.

Suka = Gembira
Gembira = Girang
Girang = Farah


Tahu apa maknanya tu? Ye! Cikgu nak terang sikit pasal nama cikgu. *Ceit! Sejak bila dapat mandat jadi cikgu tak bertauliah ni?? OK! Jangan percaya ye, maen-maen aje. Sengeh-sengeh.* Eh, tapi betul la farah tue maknanya kegirangan. Aku tak tau apa pandangan orang pasal aku. Betul ke aku ni girang suka riang je semedang. Ataupun angkuh perasan segala. Tapi aku rasa ramai je yang anggap aku sombong sebab roman muka aku yang serius kot. Dan aku memang tak pandai senyum. Sebab buruk. Heeee. Tak kenal, maka tak tahu, bukan tak cinta ye. *Bukan boleh sangat cakap-cakap cinta ni, karang ada yang cakap aku kurang kasih sayang pulak. Noktah.* Kalau kenal, maka tahulah aku ni jenis yang macam mana.




Tapi lately, aku sangat akui yang aku sangat moooooooodddyyy plus taktau lah nak cakap macam mana. Bukan lagi cahaya yang kegirangan. Dan paling aku kesal, orang di sekeliling aku pon terkena tempiasnya. Sigh. Masih dalam usaha menyesuaikan diri. Berseorangan. Sendirian. Dan ALHAMDULILLAH. Semakin terbiasa. Nak ke mana-mana, sorang-sorang pon boleh je. Hidup. Tak mati lagi. Kepada anda, anda dan anda. Maaf. Beri saya masa untuk belajar menjadi dewasa. Belajar ikhlaskan hati. Belajar terima dulu tak sama macam sekarang. Awak ada dia. Dia ada awak. Dan saya takde apa. Belajar percayakan diri. Dan kembali menjadi ' Cahaya Kegirangan ' yang dulu. Senyumlah walau terpaksa.






Sekian. Noktah.



p/s : Oh, ya... Terima kasih pada yang sudi menegur pasal post yang berkurun tak di-hapdet. Hehe. Harap amsih ada yang sudi membaca walaupun tak seberapa dan takde apa-apa. Senyum.

gadget cool

Oh, lama tak menaip. Takde benda best nak dikongsi. Tapi semalam cik apple lemon tengok national geography. Baru aku tau yang semut ade henpon sendiri untuk contact geng - geng dia. Gila kaya lah cik semut ni. Aku dulu pon umur 17 baru ade henpon sendiri kot. Nak contact kawan - kawan terpaksa pinjam henpon dan prepaid mak. Ooohhh..so pathetic la cik apple lemon..cit.cit.cit.  Haa..cik kiah! Tak payah nak ngumpat aku belakang - belakang. Tue mulut dah berdarah - darah dah tue makan daging busuk. Hee. Aku nak desperate ke nak kuno ke aku punya hal la. Orang laen jangan sibuk pleaassseeeee.. *angguk-angguk* Good!


"Heleeh..baru tau ke semut ade henpon? Orang dah lama tau dah kot. Pending la si apple lemon ni."

Eh, suka perut aku la nak lambat ke ape ke. Selama ni aku tau je semut ni ade gadget sendiri nak halu - halu kawan - kawan dia. Cuma selama ni mati - mati aku ingat sesungut sepasang tercongok kat kepala dia tu la gadget yang gila cool tu. Rupanya salah! Haaa..mesti ramai taktau kan? *blink.blink.sengeh kemenangan* huh! gila yakin kan? Entah - entah aku sorang je yang taktau selama ni.

Oh, ya! Semut - semut ni sebenarnya ade satu rongga kat abdomen dia yang digunakan untuk menghantar isyarat-isyarat cinta buat kekasih hati. Eh, bukan. Bukan. Bukan isyarat cinta. Isyarat - isyarat bahawa lombong makanan telah ditemui dan mereka diminta memulakan operasi segera. Juga menghantar isyarat untuk menyerang musuh beramai-ramai. Ok. Tue aje. Taknak tulis panjang - panjang. Tata.

The first and the last

Ok! Baru aku perasan, untuk tahun 2012 ni, aku tak tinggal sebarang entri lagi. Aku bizi. Bizi menghadap buku - buku tebal aku. Bizi menghadap kertas - kertas soklan aku. Bizi menekan kalat aku. Bizi itu. Bizi ini. Bizi bodi pun iye jugak. Bla bla bla. Dan bla bla bla lagi. Eh, banyak cakap pulak dia ni. Gigit telinga kang! Hee! Bising!

Aku baru lepas azab menjawab preksa. Hee. Macam nak gila! Library la jadi rumah aku. Tak bolehnye duduk bilik tue. Takdenye rajin aku nak bukak buku kalau dah duduk kat bilik tue. Tau je exam tue takkan mungkin keluar soalan senang tahap tadika, tapi godaan katil,bantal tu lagi hebat goyahkan iman aku. Lepas tue, marathon le jawabnyee..

Aku takde benda nak tulis pon sebenarnya. Cuma nak tinggalkan entri pertama untuk tahun 2012 ni, dan yang terakhir sementara aku masih lagi belasan tahun ni. Kejap lagi, tua dah aku. Hehehe. No more teens girl! Aku dah buat list dah dalam kepala. Nak ubah itu. Nak ubah ini. Belum berjaya. Tapi takpe, bukan senang nak berubah kan. Yang penting ada keinginan. Aku tengah cuba ni. Ada la kurang sikit kot tabiat-tabiat buruk tu. *toink.toink.puji diri sendiri tue.dushdush!* ngeeheeeheee~

Oh, dah sembilanbelastahun aku hidup. Banyak benda yang aku dah buat. Banyak jugak benda yang patut aku buat tapi aku tak buat-buat lagi. Aku janji dengan diri sendiri, akan ada improvement. Akan! Kalau aku mungkir janji, aku akan telan diri sendiri. Huahuahua. Hee. Apa aku mengarut malam ni. Gila!

Semoga ada hadiah untuk aku. Hahaha. Gila tak malu kan. Bukan. Bukan. Aku tak harapkan hadiah pon. Aku cuma harapkan ada orang engat aje. Tu dah cukup. Tapi kalau siap nyanyi, lagi masyuk. hehe. Kalau korang kawan aku, baek korang engat. Kalau tak, aku lari pegi batu belah bertangkup. Hehehe. *smiling.Blink.Blink.*


p/s : tengah giat layan cerita Gemersik Kalbu episod episod yang terlepas tue kat sini. Memang layan lah! Macam sweet-sweet gitu kan. Kena pegi cari itu novel. Wajib buat koleksi. Ok, enough. Aku nak pegi tolong mak aku cuci kereta. Baek kan aku? Boleh buat calon menantu kan? Yang single - single boleh rekemen kat mak tau. *Blink.Blink* Ah, tak payah. Dah berlaki dah aku ni. Hehe. Pen's off. *smile*