Dugaan-Nya

Sudah hari ketiga. Semangat yang awalnya berkobar-kobar kini makin kurang. Dugaan terlalu banyak. Bahkan hari pertama pun aku sudah tewas dengan tuntutan nafsu. Mujur hari kedua, akal mendahului hati. Alhamdulillah. Mudah - mudahan hari - hari seterusnya juga akal masih berkuasa.

Orang kata, kalau tengah lapar, kita mudah  naik darah. Betulkah? Entah. Mungkin ya, mungkin tidak. Jawapannya ada pada diri sendiri. Kerana terbiasa dengan hasutan syaitan, amarah menguasai diri walaupun hakikatnya semua sudah dirantai. Inilah masanya untuk mengenalpasti apakah selama ini kita termakan dengan bisikan - bisikan mungkar itu dan ternyata sedikit sebanyak jiwa sudah terdidik dengan amalan yang nyata harus dihindar. Tentu mereka sedang bersorak. Gembira ada anak adam yang tewas di tangan mereka. Nauzubillah. Mohon aku tidak termasuk dalam golongan itu. Namun usah khuatir. Kerana masih ada masa untuk tarbiyah. Masih ada waktu untuk berubah. Selama masih ada nyawa, selama itu masih terbuka peluang. Rebutlah sebelum sesal.

Sebetulnya ada peristiwa yang menyentap hati. Yang aku kira, tidak sesuai diceritakan di sini. Takut - takut timbul fitnah walau itu bukan niatku. Takut - takut juga niat asal melencong untuk cuba meraih simpati hingga rempah ratus ditambah demi memperhebat cerita yang tidak seberapa. Kalau ikut seruan hati, mahu aku katakan yang aku ini insan terbuang. Dikutip bila perlu, dicampak bila senang. Ditimang bila sunyi, dibuang bila ada yang menemani. Tempat curahan rasa. Tempat melempiaskan amarah. Dalam lautan kasih yang melimpah, aku sebenarnya masih menagih secebis rasa sayang. Sejak dulu lagi. Entah apa lagi harus aku lakukan demi diberi sedikit perhatian. Mungkin ada yang mengatakan aku insan tidak tahu bersyukur. Bukan. Bukan aku tidak tahu bersyukur. Tapi hati ini lebih tahu. Telinga yang mendengar dan mata yang melihat takkan sama dengan hati yang merasa. Jadi, jangan bicara sembarangan. Seharusnya aku tidak mengeluh bila ditimpakan ujian. Kerana menimpakan ujian itu adalah ALLAH. Seharusnya aku bersyukur kerana ALLAH masih ingin menguji aku. Bukti DIA masih kasih padaky. Mungkin kerana aku terlalai seketika dalam menempuh hidup ini. Kerana itu, ALLAH turunkan ujian supaya aku bisa mengukur sejauh mana aku akur dengan perintah-NYA selama ini. Alhamdulillah.

Aku tak perlu simpati. Juga tak mahu dikasihani. Cukup sekadar ada yang sudi meminjamkan kata - kata semangat buatku. Cukup sekadar ada bahu yang sudi dipijamkan buat aku mengaut kekuatan. Walau hanya secebis demi meneruskan hidup dengan hati yang cukup lemah. Kerana aku memang tidak cukup kuat untuk melawan kata hati yang kejam. Takut - takut suatu hari aku tewas. Mohon dijauhkan. Nauzubillah. Moga ada iktibar yang dapat diambil dari luahan hati yang kusut. Moga taipan ini tidak sia - sia. InsyaALLAH.

Ramadhan al-Mubarak

Alhamdulillah.. Tahun ini, dipanjangkan lagi umur, dijemput menjadi tamu bulan yang penuh barakah ini sekali lagi. Entah masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi atau tidak selepas ini. Rata-rata ramai yang mengeluarkan status berkaitan bulan ini. Tak kurang juga yang menghantar sms buat teman2 sebagai tanda ingatan. Moga-moga niatnya ikhlas untuk saling memperingat tentang keberkatan dan kehebatan bulan ini dan sebagai semangat untuk sama-sama berusaha memperbanyakkan amal ibadah.

Bulan Ramadhan ini bulan tarbiyah. Bulan untuk kita mendidik diri menjadi lebih dekat kepada ALLAH 'azza wa jalla setelah sekian lama hanyut dalam khilaf. Bulan ini sebenarnya juga Syahrul Jihad. Jihad melawan nafsu setelah bebas daripada hasutan syaitan. Moga-moga iman kita cukup kuat untuk melawan nafsu. Bukan setakat menahan lapar dahaga, bahkan juga untuk menjaga mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan juga hati daripada melakukan perkara2 lagha.

Begitu ramai yang bergembira menyambut Ramadhan, berusaha memenuhi saf2 melaksanakan ibadah tarawikh. Tapi harus diingat, niat perlu dibetulkan. Apakah kita berlumba-lumba menjadi tetamu di rumah ALLAH kerana begitu mengharapkan keredhaanNYA atau sekadar ikut-ikutan. Nauzubillah. Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada segala sifat dan perasaan yang tidak baik. Berusahalah untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, sesungguhnya setiap langkah kita itu diberi ganjaran pahala seumpama ibadah selama setahun. Subhanallah.. Betapa kasihnya ALLAH pada kita.

Janganlah hanya berseronok menyambut Ramadhan sebab raya nak dekat atau sebab dalam bulan ni ada bazar Ramadhan. Macam2 makanan ada. Tapi harus diingat. Ini juga sebenarnya jihad melawan nafsu. Tidak salah membeli, tetapi biarlah berpada. Jangan pulak terlalu ghairah hingga berlebih-lebihan dan membazir. Kita berpuasa bukan sekadar memenuhi tuntutan rukun Islam, bahkan juga untuk memberi rehat kepada perut kita yang bekerja bertungkus-lumus selama 11 bulan.

Harap2 semangat tu bukan di awal2 bulan aje. Tengah2 bulan dah rompong2 aje ke masjid dan suraunye. Jangan nanti bila dah hujung2 bulan, tinggal tok imam, bilal ngan tok siak aje sudah la ye.. Yela, dah hujung2 bulan tu la, org sibuk nk buat persiapan raya. Buat kuih raya la, jahit baju raya la, shopping baju raya la.. Selamat berpuasa dan beramal ibadah ye..Puasa taw jangan tak puasa  ^_^






p/s : rindu nak berbuka puasa dan bertarawikh dengan Mutiah, Mek, Dayah, Pipah dan kwn2 laen.. Juga salam takziah buat Syikin yang baru kehilangan ayah tercinta yang dijemput Illahi malam semalam.. Moga ditabahkan hati dan dikuatkan semangat..

Ibarat gelas tercampak ke dinding

Ketika aku menulis post ni, perlawanan berbaki lima minit aje lagi. Walaupun pakcik2 berbaju biru tu tengah berhempas pulas merebut bola dan menyumbatkan ke dalam kotak kecil berjaring tu, tapi aku tak rasa harimau malaya mampu menerkam lagi. Yep, memang ada sedikit rasa kecewa, tapi tak boleh nak salahkan mereka semata-mata. Deorang dah cuba sedaya upaya meh.. Malangnya pakcik2 berbaju merah tu memang cukup pandai berlakon. Nak melengahkan masa. See? Nampak sangat deorang sebenarnya tak yakin dengan diri sendiri dan takut dengan pemain2 kita.

At least Malaysia kalah pon, kita still percaya dan yakin dengan rakyat sendiri. Berpijak di bumi yang nyata. Bukan kejar kemenangan semata-mata sampai sanggup "culik" warganegara lain jadi warganegara deorang supaya boleh wakili si Singa. Kalau nak harap rakyat sendiri, mungkin tak kemana pon. Tapi aku rasa deorang lebih sesuai jadi pemain2 wayang, bukan pemain bola. Walaupun, pertahanan agak longgar wah..jadi pengulas sukan pulak aku.hahaha tapi untung ada si apek tu. Kalau tak memang berbijik-bijik lah yang bolos. Tapi, biasa lah..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bolos jugak sebijik.

Dulu aku tak layan bola2 ni, aku mula layan pon sebab seorang sahabat yang masih baru lagi aku kenal.Mungkin tak sampai setahun pun lagi.Hehehe. Nama dan identiti terpaksa dirahsiakan.  :)




p/s : comel pulak aku tengok si pengadil jepun tu. Hahahaha.