Ketika aku menulis post ni, perlawanan berbaki lima minit aje lagi. Walaupun pakcik2 berbaju biru tu tengah berhempas pulas merebut bola dan menyumbatkan ke dalam kotak kecil berjaring tu, tapi aku tak rasa harimau malaya mampu menerkam lagi. Yep, memang ada sedikit rasa kecewa, tapi tak boleh nak salahkan mereka semata-mata. Deorang dah cuba sedaya upaya meh.. Malangnya pakcik2 berbaju merah tu memang cukup pandai berlakon. Nak melengahkan masa. See? Nampak sangat deorang sebenarnya tak yakin dengan diri sendiri dan takut dengan pemain2 kita.
At least Malaysia kalah pon, kita still percaya dan yakin dengan rakyat sendiri. Berpijak di bumi yang nyata. Bukan kejar kemenangan semata-mata sampai sanggup "culik" warganegara lain jadi warganegara deorang supaya boleh wakili si Singa. Kalau nak harap rakyat sendiri, mungkin tak kemana pon. Tapi aku rasa deorang lebih sesuai jadi pemain2 wayang, bukan pemain bola. Walaupun, pertahanan agak longgar wah..jadi pengulas sukan pulak aku.hahaha tapi untung ada si apek tu. Kalau tak memang berbijik-bijik lah yang bolos. Tapi, biasa lah..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bolos jugak sebijik.
Dulu aku tak layan bola2 ni, aku mula layan pon sebab seorang sahabat yang masih baru lagi aku kenal.Mungkin tak sampai setahun pun lagi.Hehehe. Nama dan identiti terpaksa dirahsiakan. :)
p/s : comel pulak aku tengok si pengadil jepun tu. Hahahaha.
1 year ago
0 comments:
Post a Comment