C***I

Tangan dah terasa gatal nak menulis. Tapi sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis. Tu yang senyap je tak post apa2. Tapi tadi tengah2 belek paper tadi, terbaca satu artikel yang aku rasa agak menarik. Kes cerai pasangangan Islam MENINGKAT . Kalau ada sape2 yang rasa tak percaya boleh rujuk sini .

Ok! Aku tak boleh nak komen lebih2 pasal aku sendiri pun belum kawen. Hahaha. Tapi aku dah perhatikan isu ney dah lama dah. Sejak zaman aku sekolah lagi dah. Ney sekarang ney aku dah habeh sekolah dah, dah 2 tahun dah pun. Dan dari ape yang aku perhatikan memang hari2 ada je isu ney dalam paper. KES CERAI!! Aku tak faham kenapa semakin hari semakin ramai yang bercerai. Agaknya sebab makin ramai yang berkahwin, maka ramai lah yang bercerai kot. Logikkah? Adakah anda berkahwin semata-mata untuk bercerai? Sedangkan ketika anda melangsungkan perkahwinan,begitu ramai orang mendoakan kebahagiaan anda.(perasan tak dalam kad kahwin tu ada doa untuk pengantin tu? Ke tak pernah belek pon,sekadar tengok tarikh dan tempat aje?) Atau adakah anda merasakan bercerai tu dah jadi satu trend yang kalau korang tak ikot sama, maka korang menjadi seperti katak dalam balang kaca? Satu trend macam tudung yuna tue? Yang aku tengok sekarang ney semua pakat nak pakai macam tu. termasuklah aku pun.hahaha~ tapi muka aku terang2 tak sesuai,maka aku pun lupakan hasrat yang satu itu Tak pun dah macam trend yang semua pakai sanggul tinggi2 dan semakin ramai yang pakai tudung sebab nak ikut trend ney? yeke makin ramai?? Alhamdulillah jika semakin ramai yang memilih untuk bertudung tetapi biarlah ikhlas kerana ALLAH dan bukannya kerana rasa nak pakai,pakai.,rasa tak nak pakai,bukak je lah,susah ape.

Sedarlah bahawa cerai itu adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH. ALLAH tidak melarang tetapi tidak menyukainya. Cerai itu adalah ikhtiar terakhir sekiranya usaha2 kita untuk menyelamatkan hubungan suami isteri itu menemui jalan buntu. Ataupun adakah sebenarnya cerai ini berlaku kerana idolamasa sekarang pon dah ramai yang bercerai kan,nak buat cemane,terikut-ikut lah jadinya. Atau mungkin kerana ramai yang ber"kahwin free" , dipaksa berkahwin sedangkan niat di hati cuma mahu berseronok-seronok sahaja tetapi malangnya terkantoi pulak, tu yang tak kisah langsung kalau bercerai? Sebab dah tak ada rasa malu kalau bercerai pun sebab kahwin dulu pun dah rasa malu kan. Tak tau lah pulak kalau ada yang seronok kena "kahwin free" ney.(tapi kalau masuk tb tu sume tutup2 muka,siap sanggup terjun tingkap lagi semata-mata tak mau kantoi). Tak kisah lah apa pun penyebabnye, tetapi isu ney perlu diatasi. Jangan nanti dah jadi adat pulak bila orang kahwin cerai ney. Doakan aje lah yang terbaik untuk semua pasangan yang berkahwin tu. Bentukkan lah mawaddah dan mahabbah dalam setiap hubungan suami isteri ye. Senyum,tak perlu kata apa2~    ^___^

p/s : Amat memalukan bila bilangan pasangan bukan Islam yang bercerai pulak yang menurun,sedangkan yang Islam makin galak pulak nak bercerai.

DI SEBALIK DARAH ANDA

Ini berdasarkan pandangan orang2 JEPUN. Tak tahulah boleh diaplikasikan dalam masyarakat MELAYU ataupun tidak. Tetapi bagi aku, memang adalah yang kena dengan diri aku. Siap aku kalerkan lagi yang betol pasal aku. Yang aku xkaler tu ak xsure dan orang laen aje yang lebih layak menilai Apa kata u all try tengok. Credit to duniakuduniamu




1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja(sebab tue aku xramai kawan). Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup(sampai ada orang kata bila aku xsenyum muka aku sangat serius dan garang.haha~)
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau (paling pantang orang ungkit masa silam aku), sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain(aku rasa rendah diri bila orang bercakap pasal diri aku)
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.
4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

p/s : Jadi, apakah jenis darah anda? Adakah ciri-ciri di atas tepat mengenai anda atau sebaliknya? Tapi perlu diingtkan bahawa ini cuma kajian. Jadi,sudah tentu ada yang betul, dan ada yang tidak. Baca sahaja tapi percaya jangan 100% okay.. (^.^)v

rosakkah??

Tak tahu lah samada alat penimbang berat kat umah aku tu rosak ataupun miracle terjadi sebenarnya. Hari-hari aku timbang berat aku. tue je la keje tetap aku sepanjang jadi penganggur terhormat kat rumah ney. Selama aku dok timbang hari-hari ney,maintain lagi lah. Still 44-45. Tak pernah lagi la jarum tu terlebih dari 45. Haha~ Tiba-tiba semalam dye tunjuk 43++ . Pagi tadi aku timbang pon,still sama. Rasa nak melompat pon ada. Tapi aku takmau lah seronok sangat. Yelah.. Manalah tau tiba-tiba penimbang tue rosak sebenarnya. Takke kecewa aku jadinya nanti kan..Jadi, anggap ajelah penimbang tue rosak walaupun kebarangkalian itu ada sebab aku pegi jogging semalam. Sebenarnya dalam hati dah sengeh darlie memanjang dah.. Haha~ 


p/s : jgn terlalu yakin dengan sesuatu yang berlaku. Adalah baik untuk mempunyai prasangka yang positif supaya jika berlaku sebarang kesilapan teknikal,tidaklah terasa sangat kecewa. Smile~

debar, gembira dan gula

Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya selepas setahun aku dapat lesen, aku bawak kereta pergi Taiping bertemankan ma dan adek aku. Memang seronok! Excited gila! Biasa lah. Aku kan aci berkurung dalam rumah aje. Nak tengok matahari pon payah,apatah lagi nak tengok jalan raya. Kot kalau dapat tengok pon, harap tengok dalam telebisyen tu aje.

Hari ini jugak aku dapat result pspm2 aku. Degup jantung aku tak payah cakap lah. Punya lah laju. Semalam aku rasa nak tido dan takmau bangun2 lagi dah. Pagi tadi aku bangun lambat dari biasa. Pukul 8.45 . Menggeliat. Tenung kipas angin. Bermalas-malasan di atas katil. Rasa macam nak tido balik. Tiba2 dapat msg dan call. Oh,kantoi! Kantoi aku bangun lambat hari ni. Uuu,malu gila! Dengan suara serak2 basah (bukan sebab suara aku ney ada gen suara ella,tapi bukti aku baru bangun tido) tu aku jawab tepon. Memang kompem2 la kantoi. Ok, berhenti cerita part malu itu. Debaran di dada masih sama. Sikit pon tak kurang. Punya la lama aku tunggu. Tak dapat2 nak check lagi. Lepas balik berjalan-jalan lepas geram tekan pedal minyak, baru dapat tau. Perrgh..lega! Walau tak sehebat mana, tapi at least tak lah jadi nitemare aku malam ni. ALHAMDULILLAH..

Hari ini jugak abah aku belanja makan kuetiau hongkong. Haha~ Habis makan, abah aku hulur duit, suruh aku pergi kaunter, bayar. Aku kena gula pulak. Haiyee~ Boleh budak tu maen tarik2 duit ngan aku.(sambil pandang aku dan berkata-kata) Entah apa dye cakap aku pon kurang pasti. Tapi yang pastinya aku diketawakan oleh budak tu dan makcik2 yang turut berada kat situ jugak.(jaga kaunter agaknye) Terkedip-kedip aku pandang budak tu. Tak paham! Dan yang pastinya drama sebabak tu turut ditonton ma abah aku dan orang lain yang makan kat situ jugak. Uh, malu aku! Ntah2 dye nak jual minyak urut tak?Hei,jangan perasan lah apple! Engat ada ke orang nak pandang kau?? Aku bukan paham sangat bahasa budak2 sekarang ni. Sudah lah tengok orang pon semacam aje macam nak telan pon ade. Pastu cakap entah-apa2-entah yang aku pun tak berapa nak paham. Takkan nak ayat aku kot. Tengok gaya macam aku lagi tua dari dia aje. Tak munasabah!

- renjis2, simbah2 -

Baru2 ni aku terbace satu artikel kt FB. Simple aje.Tapi sumpah bleh buat aku melompat dari kerusi. Btol2 kena kat batang hidung sendiri. Artikel tu lebih kepada cerpen lah,cakap pasal blogger. Blogger yang dok jaja kisah peribadi kat blog dye. Macam aku lah tu. Sebab tu aku pun terasa belacan sekali tu. Hehe Nasihat si penulis itu,dye cakap share la sesuatu yang bermanfaat bersama orang laen. Aku ni bukan banyak ilmu, kalau aku tulih kat blog ney,takot tersalah informasi. Jenuh kene saman nanti. Pendapat aku pun bukan bleh pakai sangat,tu yang aci jaja cerita diri sendiri aje. Konon2 macam artis popular la kot,sume orang nak amek pot pasal kisah aku. Huh,sumpah perasan!! Haha 


Okeh. Sekarang masa untuk bertatih membuat post yang mampu menggerakkan minda orang laen. Macam lah ramai sangat yang baca blog aku. Hailaaa~~ Lately, negara digemparkan (yeke gempar? hmm..gempar jugak lah) dengan kes terbaru iaitu isu simbah asid (Mak oi!Kalau kena simbah air pun boleh sakit hati,inikan asid, lagilah berganda sakitnya!) ke kaum wanita. Setakat hari ni, dah ada 23 orang mangsa. Paling latest semalam. Kes yang sama,motif masih tak tahu. Hailaa~ taktaw lah nak cakap si pelaku itu mendiskriminasi wanita ataupun suka cemburu buta.

Boleh jadi dye mendiskriminasi wanita mugkin kerana pernah ada kisah gelap dengan bekas teman wanita ke, isteri ke, mana2 wanita lah. Tapi takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga?? Hanya kerana seorang wanita yang pernah mengecewakan dye, maka semua makhluk yang menyandang gelaran wanita harus terima pembalasannya? Tak adil namanya tu sehingga orang yang tak bersalah pun turut terheret sama. Cuba yang kena simbah tu, mak anda ke, kakak anda ke, anak perempuan anda ke. Haa..ape anda rasa? Beria je aku tulis,macam lah si pelaku tu nak baca.Haiyeee~~  Hidup ini ada hukum karma. What u give, u'll get back. Jadi, kenapa tak biar TUHAN saje yang balas segala perbuatan jahat orang kat anda tu? Kenapa anda mesti kotorkan tangan anda dengan melakukan perbuatan zalim tu? Bila anda buat macam tu, jelas nyata lagi bersuluh pelita yang anda gagal emotion management.

Ataupun si pelaku ni sebenarnya diupah oleh seseorang wanita yang cemburukan kecantikan wanita2 yang disimbah asid itu? Hmm.. kalau nak suruh aku selesaikan misteri ni, mmg aku tak mampulah sebab aku tak keje dengan CSI. Aku mmg minat gilalah dengan siri telebisen yang satu tu walaupun kene tutup2 mata masa scene2 yang ada darah melambak tu. Wuuu~~ Mungkinkah wanita itu sebenarnya adalah jelmaan mak tiri snow white (Btol ke mak tiri dye? ke nenek jiran dye ke ntah,mana aku taw. Kan aku ney tak banyak ilmu, cerita femes tue pon tak bape nak khatam lagi. Haha~~) yang bagi apple (eh,apple tue bukan aku ke? oh..ney apple laen) beracun dekat snow white dulu tu semata-mata kerana dye nak jadi wanita paling cantik, cuma bezanya sekarang zaman moden,dye xpakai dah la apple (bukan aku) beracun tu,dye guna asid terus. Kejam gila!

Apa2 pon, aku cuma berdoa semoga si pelaku itu segera ditangkap pak polisi  dan dijatuhkan hukuman yang setimpal supaya gejala tidak sihat ini tidak berleluasa. Tambah2 ia melibatkan wanita. Lagi2 lah aku hangin. Bukankah lelaki itu dicipta untuk melindungi wanita,tetapi kenapa mereka plak yang sibuk nak menganiaya dan menyeksa wanita? Huh!!

untuk mama saya

hari ini birthday mama saya
mama saya yang tersayang
terchenta segala semualah

special wish for my mama

may ALLAH bless you..
kakak sayang mama
luv u so much
thanx for everything..

itu aku sama mama aku

 itu mama aku jugak

ini untuk miss NURUL AFIQAH

hanya nak mengucapkan
tahniah dan selamat belajar
kepada sahabat yang sorang ney
pegi mendaftar hari ney
untuk sambung degree
hailaa~
rindu la kt dye ney pon
sungguh!
lmenye la xdpt jmpe dye
ape2 pon
wish her all the best!!
hopefully dye tak lupa aku la
walau berjela kawan baru yang dye jumpa
haha~
.....

.........

.............

.................

dan ini..
hadiah khas untuk dye
sebagai tanda kenang-kenangan
hope she'll enjoy it

video ini ditujukan khas buat miss NURUL AFIQAH ABDUL HALIM


HAHAHAHAHAAAAAA.........
maaf..saya ketawa..haha~
sesungguhnya
SABAR itu separuh dari IMAN
jangan marah haa..
sorry dude~
gurauan semata-mata
hehe~
*SENGEH DARLIE* 

happy mother's day,mama!


kalau tahun2 sebelum ney
aku asyik konpius je
tataw ble hari ibu sebenarnye
ade yg ckp 10 mei lah
11 mei lah
ahad kedua dalam bulan mei lah
yang mane satu betol pon aku taktaw lah
yang aku btol2 pasti
hari ibu dalam bulan mei
haha~
tapi tahun ney
aku memang sure kompom2
hari ney hari ibu
makanya
dengan ingatan tulus ikhlas
" SELAMAT HARI IBU, MAMA!! "
thanks a lot for your love,for your care
uh,speechless..
sob..sob..
sumpah aku sayang gila sama mama aku
specially dedicated to my mum, PN FAIZA BINTI WAGIMIN

uh, comel gila!

sekarang ney
memang sangat suka
tengok iklan yang satu ney
hailaa~
sweet gila la



naseb la aku ney bukan jenis
yang mata kelabu je bila nampak coklat ney
kalau x, memang aku tuntut nafkah
cadbury la tiap2 bulan
haha~

p/s : sangat suka tengok part laki tue menari. sumpah comel! hehe~

uish...sakan !!

aku memang sakan la kalau bab ney. sebab itu sebenarnya tak berapa nak suka tengok. haha. bukannya apa.. karang melebih-lebih. malu. jatuh lah saham aku. tapi memandangkan ayahanda terchenta yang pegang mandat. remote tue jatuh di bawah kuasa pihak jajahan la. dush!! ada plak disamakan ayah aku yang sorang tue dengan pihak jajahan. tapi memang btol ape. aku sekarang dah berada di tanah jajahan " Encik Ismail + Puan Faiza " apa.





hailaa~ rindunya nak gelak tonggeng sakan ngan kawan2. agk2 deorang rindu aku tak? berani lah taknak rindu, aku hambat aje ngan penyapu lidi mak aku. haha~ padan muka! tue la.. aku ney nak dirindu orang pon jenuh nak paksa2 orang. kalau nak tunggu deorang rindu aku tanpa dipaksa memang macam tunggu kucing pegi mandi dengan sendirinye. muahaha~







uh.. panjang lebar plak aku mengarut-ntah-pape kn..okiedokie~ back to the main point. aku nak cakap pasal ney sebenarnya. tawu ke tak ney aku nak cakap pasal apa?
haa?? apa dye?? tak dengar laa. ce ckp kuat cket. ney ckp bisik2, macam pengantin baru aje.   apa?? bola sepak? pasti kah? yea..memang tepat!! tahniah! sepuluh markah akan kami kredit kan ke dalam akaun anda. haha~ aku dah terkena sindrom gila-tapi-waras. aku bukan boeh tengok orang maen bola dalam tv tue. kang tak pasal2 aku jadi pengulas sukan tak bertauliah. uu..malu2. jatuh kredibiliti aku. macam2 reaksi aku bila nonton tue. melayang abeh kaki tangan. silap2 boleh ngigau aku malam tue. hailaa~~







btol la rase macam nak bom aje deorang ney
bila bola senang pon tak boleh nak gelecek kasi cun
(gaya macam aku terer sangat gelecek laa.. haha~ )






eh..bola camtue pon tak boleh amek ke..ee..
gi balek maen kat kampung laa..





  wah..hensem la bang.. dahsyat la abang maen..
gol cantekk la..terbaekkk la abang!! weewiiitt!






apa maen teruk sangat ney? buat malu je la..
dah la maen kat gelanggang sendiri. nasib baek aku tak pegi
tengok kt stadium. membazir aje! heee~~ 
(gaya macam selalu aje aku pegi stadium tue.. ngeh3~ )





alahai..slownye maen.
tengok adek2 aku maen pon dahsyat lagi la.. hailaa~
(padahal adek aku sorang je yang nak maen bola pon. kah3~ ) 






haa..tangkap la bola tue. ish. phew~~
naseb tak bolos. kus semangat.. wahaha~






ney yang gua tak boleh tahan ney.
pakcik pengadil ney. dye tackle pemain gua tue.
lu patot tiup wesel tue.bukan hiasan semata-mata la wesel tue..
angkat kad terus. aiyooo~ pakcik ney..
lu berat sebelah la pakcik. heee!!


haha~ tengok! sampai pakcik pengadil tue pon aku jadikan isu.
yela.. mana tak geram. kadang2 deorang tue berat sebelah.
tak adil taw!


tue la aku.. seorang penonton. bukan pemain pon.
tapi aku yang terlebih emosional.





bila pemain terlepas bola aje,
aku yang berasap telinga





bila pihak lawan jaring gol, aku
plak yang rasa nak tepuk dahi,hantuk kepala segala bagai






bila pasukan aku yang kalah (macam aku plak yang maen.. haha~)
aku yang speechless tataw nak kata apa 







bila ada peluang tapi sebab kompiden lebih
dan tak dapat jaring gol, aku plak yang rasa
nak karate sorang2 pemain2 tue sume
haiyak!!







bila tengok pihak lawan nak menyerang pintu gol
aku plak yang rasa pening2 lalat  
takut bolos. rasa nak pegi ganti keeper pon ada


tue blom masuk part penalti tue
aku plak yang gigil takut. ngee~
macam tunggu pesalah kene hukum bunuh tue..haish~






kalau pasukan aku dapat jaring gol.. haaa..
  yo yo yo sakan laa
sukanya hati riang ria je rase

tapi kalau tak gol.. heee..
  aku sembelih jugak ney karang.. aiyoyooo~





 kalau pasukan aku kalah..
rasa macam taknak sokong da
perabih air liur aku je nyokong deorang neyh
tapi kalau menang..
sakan..puji kemaen lagi haa..
nak lambung bantal pon ada


kalau aku yang jadi pemain, hai..
tataw la.. terlebih-lebih emosional la jawabnya
nasib la takde orang bukak jawatan kosong untuk
jurulatih. kalau x, maw jugak aku apply
mesti lagi hancuss la team itu
haha~

tapi kan. kenapa bila jaring gol aje, mesti nak salahkan keeper? aku la tue.. orang laen ttaw la kn. payah kot nak jadi keeper ney. kena ada instinct yang tersangatlah kuat dan tepat. kena TINGGI juga. bold cket tinggi tue,kriteria penting tue. kalau rendah macam aku ney, memang lawan akan aci tuju atas je la.. hey, aku cakap berdasarkan pengalaman okeh. bukan maen goreng kosong aje taw. aku penah jadi keeper time maen bola baling. bukan sebab aku ade instinct yang kuat+tepat, tapi sebab dah sume orang taknak jadi keeper, dan memandangkan aku adalah bidan terjun yang aci ditangkap muat aje ganti orang, aku pon menurut arahan pihak berkuasa sajelah. takkan nk buat kepala ferum kat situ. nasib la pintu gol tue tak besar mana. kalau tak maw bolos sampai sepuluh kot.hailaa~ tue belum masuk part yang aku keluar abes bunga silat nak tepis bola dan kaki tangan yang melayang semata-mata taknak kasi bola tue gol. memang sakit2 la badan aku. masa tue kalau bola kena muka pon kira ampun lagi dari biar bola masuk gol. sebab keeper ney akan rasa sangat2 bersalah la kalau tak dapat selamatkan bola tue dari bolos. aku rtue, asal gol je, aku mintak ampun dari sume ahli kumpulan aku. haha~ kelakar.. sumpah! so, jadi-jadi la nak salahkan keeper ye.okiedokie~ enough membebel. out~

happy ke???


jgn tnye soklan tue kt aku la
pegi maen jauh2
  aku tengah sakit hati ney
tawu la anda semua sangat rajin
dan baik hati
yang sampai tak pernah miss nak engatkan aku
tentang realiti tue
tapi tak perlu lah nak ulang berkali-kali
ape u all engat i ade masalah alzheimer ke
yang lpe je sume mende??
aku muda lagi kot
mungkin bagi u all benda mcm ney
rase mcm sangat lawak
but not to me,ok ?!!
situasinye sama saje macam u all ckp
" gemuk!! " pada org yang mengalami masalah
berat badan berlebihan
cuma isu saje yang berbeza
oo..ske sgt la kate aku kecik
memang aku kecik
aku pon taw la
xpayah nak engatkan ak banyak2 kali la
aku tak perlukan ramai P.A.
untuk bagitawu aku pasal tue
pasal menda yang aku memang sedia tawu
engat aku suka sgt jadi seorang yang boleh
didefinasikan sebagai kecik?
engat ak xterasa langsung2 ke u all ckp
cmtue kat aku?
xkan aku nak maen aci kayu je
buat muka toya takde perasaan bila u all ckp cmtue kat aku?
engat aku ney ice-cold heartless ke?
ngee~ ckp lebih2 pon
u all bukannye paham
sebab u all tak berada dlm situasi itu
dan tak pernah tawu ape rasanya
serta tak pernah cuba untuk meletakkan diri anda 
di tempat orang itu
pastue boleh pulak gelakkan aku
sakan pulak tu
ape???
kira ade isu ke kalau aku kecik sekalipon?
kacau korang ea?
ape bila aku kecik cmney, korang tumbuh kudis kat telinga ke?
ampun la..haih!
aku dah tak lalu nak mendengar org ckp
"budak kecik" kat aku
aku ampun lagi la kalau yang cakap2 tue
kawan2 aje
yang enche sorang tue pon 
riang ria je masuk group tue pe kes?
usik konon..gi maen jauh2 la..
heeee!!