DI SEBALIK DARAH ANDA

Ini berdasarkan pandangan orang2 JEPUN. Tak tahulah boleh diaplikasikan dalam masyarakat MELAYU ataupun tidak. Tetapi bagi aku, memang adalah yang kena dengan diri aku. Siap aku kalerkan lagi yang betol pasal aku. Yang aku xkaler tu ak xsure dan orang laen aje yang lebih layak menilai Apa kata u all try tengok. Credit to duniakuduniamu




1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja(sebab tue aku xramai kawan). Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup(sampai ada orang kata bila aku xsenyum muka aku sangat serius dan garang.haha~)
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.
Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau (paling pantang orang ungkit masa silam aku), sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain(aku rasa rendah diri bila orang bercakap pasal diri aku)
Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.
2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.
Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.
Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.
3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.
Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.
Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.
4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.
Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.
Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.
Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.
Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

p/s : Jadi, apakah jenis darah anda? Adakah ciri-ciri di atas tepat mengenai anda atau sebaliknya? Tapi perlu diingtkan bahawa ini cuma kajian. Jadi,sudah tentu ada yang betul, dan ada yang tidak. Baca sahaja tapi percaya jangan 100% okay.. (^.^)v

13 comments:

Zuhair said...

I am a warrior!!!
let's go my comrade. we will win this battle!!

muahaha

APPLE LEMON said...

battle nk rebut ape tue juer? haha~

Yana said...

dunie sekarang ramai yang darah O.
pada mase depan, dijangka lebih ramai drp sekarang :)

Zuhair said...

farah; battle rebut err... err...
yana; nape ramai org darah O..? sbb ramai org yg kedekut. so Allah bg darah O ntuk ingatkan kita supaya menderma laa...

APPLE LEMON said...

JUER : haha~ ape tue?
YB : a'ah la yana,knape rmai org berdarah o?

Yana said...

hmm, sebab O adalah salah satu drp 3 genes darah.
A, B, O
AA dan AO dpt darah A, BB dan BO dapat B, AB dapat AB, OO dapat darah O.
sekarang nie, most yang darah A dan B adalah heterozygous, bukan homozygous.
bile suami AO kawen dengan BO, dapatlah sorang anak AB, AO, BO dan OO. lame2 O makin banyak. camtu ramai orang skg yang darah O.

haha. BIO

APPLE LEMON said...

bila YB bercakap pasal BIO,aku dah mula rasa pening2 lalat.kahkahkah~

Zuhair said...

tp cuba pikir logik. nk dpt darah o, gene kita kena null (OO). antara AB, AO, BO dgn OO, kemungkinan ntuk dpt darah O cuma 1/4 je. tp 1/4 ni lak yg ada byk.

hrm...

Yana said...

yelaa. kalau dh makin ramai yang carry gene heteryzous, probabillity untuk dpt OO makin tinggi. tak caye, wat punnett square.haha

Yana said...

nak explain lagi nie.haha

aku darah OO.
kes 1: laki aku darah OO. maka semua anak aku darah OO.

kes 2:laki aku darah AO. maka seorang 1/4 anak aku mungkin darah AO. yang laen sume OO.

kes 3: laki aku darah BO. same macam kes 2.

kes 4: laki aku darah AB.1/2 anak aku darah OO.1/4 mugnkin AO, dan 1/4 darah BO.

kes 5: laki aku darah AA. 1/2 darah OO. 1/2 darah AO. darah AA tak de dah

kes 6: laki aku darah BB. same mcm kes 5.

see!berape banyak O wujud dlm bakal family aku :)))

Zuhair said...

ohoo... sbb tu la darah oo byk..
adik2, semua sebut ooooo..!!!
haha

Yana said...

hahaha.faham la kowt ek?

APPLE LEMON said...

yana, hg darah O ke?

Post a Comment