- renjis2, simbah2 -

Baru2 ni aku terbace satu artikel kt FB. Simple aje.Tapi sumpah bleh buat aku melompat dari kerusi. Btol2 kena kat batang hidung sendiri. Artikel tu lebih kepada cerpen lah,cakap pasal blogger. Blogger yang dok jaja kisah peribadi kat blog dye. Macam aku lah tu. Sebab tu aku pun terasa belacan sekali tu. Hehe Nasihat si penulis itu,dye cakap share la sesuatu yang bermanfaat bersama orang laen. Aku ni bukan banyak ilmu, kalau aku tulih kat blog ney,takot tersalah informasi. Jenuh kene saman nanti. Pendapat aku pun bukan bleh pakai sangat,tu yang aci jaja cerita diri sendiri aje. Konon2 macam artis popular la kot,sume orang nak amek pot pasal kisah aku. Huh,sumpah perasan!! Haha 


Okeh. Sekarang masa untuk bertatih membuat post yang mampu menggerakkan minda orang laen. Macam lah ramai sangat yang baca blog aku. Hailaaa~~ Lately, negara digemparkan (yeke gempar? hmm..gempar jugak lah) dengan kes terbaru iaitu isu simbah asid (Mak oi!Kalau kena simbah air pun boleh sakit hati,inikan asid, lagilah berganda sakitnya!) ke kaum wanita. Setakat hari ni, dah ada 23 orang mangsa. Paling latest semalam. Kes yang sama,motif masih tak tahu. Hailaa~ taktaw lah nak cakap si pelaku itu mendiskriminasi wanita ataupun suka cemburu buta.

Boleh jadi dye mendiskriminasi wanita mugkin kerana pernah ada kisah gelap dengan bekas teman wanita ke, isteri ke, mana2 wanita lah. Tapi takkan kerana nila setitik rosak susu sebelanga?? Hanya kerana seorang wanita yang pernah mengecewakan dye, maka semua makhluk yang menyandang gelaran wanita harus terima pembalasannya? Tak adil namanya tu sehingga orang yang tak bersalah pun turut terheret sama. Cuba yang kena simbah tu, mak anda ke, kakak anda ke, anak perempuan anda ke. Haa..ape anda rasa? Beria je aku tulis,macam lah si pelaku tu nak baca.Haiyeee~~  Hidup ini ada hukum karma. What u give, u'll get back. Jadi, kenapa tak biar TUHAN saje yang balas segala perbuatan jahat orang kat anda tu? Kenapa anda mesti kotorkan tangan anda dengan melakukan perbuatan zalim tu? Bila anda buat macam tu, jelas nyata lagi bersuluh pelita yang anda gagal emotion management.

Ataupun si pelaku ni sebenarnya diupah oleh seseorang wanita yang cemburukan kecantikan wanita2 yang disimbah asid itu? Hmm.. kalau nak suruh aku selesaikan misteri ni, mmg aku tak mampulah sebab aku tak keje dengan CSI. Aku mmg minat gilalah dengan siri telebisen yang satu tu walaupun kene tutup2 mata masa scene2 yang ada darah melambak tu. Wuuu~~ Mungkinkah wanita itu sebenarnya adalah jelmaan mak tiri snow white (Btol ke mak tiri dye? ke nenek jiran dye ke ntah,mana aku taw. Kan aku ney tak banyak ilmu, cerita femes tue pon tak bape nak khatam lagi. Haha~~) yang bagi apple (eh,apple tue bukan aku ke? oh..ney apple laen) beracun dekat snow white dulu tu semata-mata kerana dye nak jadi wanita paling cantik, cuma bezanya sekarang zaman moden,dye xpakai dah la apple (bukan aku) beracun tu,dye guna asid terus. Kejam gila!

Apa2 pon, aku cuma berdoa semoga si pelaku itu segera ditangkap pak polisi  dan dijatuhkan hukuman yang setimpal supaya gejala tidak sihat ini tidak berleluasa. Tambah2 ia melibatkan wanita. Lagi2 lah aku hangin. Bukankah lelaki itu dicipta untuk melindungi wanita,tetapi kenapa mereka plak yang sibuk nak menganiaya dan menyeksa wanita? Huh!!

4 comments:

Yana said...

alaaaaaaa. suke atie la blog nak tulis apee. semua orang ade hak tersendiri. bukan pon orng bace sgt pon. yang bace hanye followers yang nak tau tntg kau. tak salah bagi aku.

dpe tak suke, cri la blogger yang bagi pendapat n ilmu. berlambak jee

APPLE LEMON said...

aku setuju ngan cik YB kte.haha~ gua pnye blog,suka hati gua lah.

Yana said...

lagi best bace blog yang ade pengelaman.ilmu dlm blog tak valid sangat.hahaha

APPLE LEMON said...

hahaha.aku suka komen2 ko yana.sungguh membina semangat aku.heheh~

Post a Comment