debar, gembira dan gula

Hari ini dalam sejarah. Buat pertama kalinya selepas setahun aku dapat lesen, aku bawak kereta pergi Taiping bertemankan ma dan adek aku. Memang seronok! Excited gila! Biasa lah. Aku kan aci berkurung dalam rumah aje. Nak tengok matahari pon payah,apatah lagi nak tengok jalan raya. Kot kalau dapat tengok pon, harap tengok dalam telebisyen tu aje.

Hari ini jugak aku dapat result pspm2 aku. Degup jantung aku tak payah cakap lah. Punya lah laju. Semalam aku rasa nak tido dan takmau bangun2 lagi dah. Pagi tadi aku bangun lambat dari biasa. Pukul 8.45 . Menggeliat. Tenung kipas angin. Bermalas-malasan di atas katil. Rasa macam nak tido balik. Tiba2 dapat msg dan call. Oh,kantoi! Kantoi aku bangun lambat hari ni. Uuu,malu gila! Dengan suara serak2 basah (bukan sebab suara aku ney ada gen suara ella,tapi bukti aku baru bangun tido) tu aku jawab tepon. Memang kompem2 la kantoi. Ok, berhenti cerita part malu itu. Debaran di dada masih sama. Sikit pon tak kurang. Punya la lama aku tunggu. Tak dapat2 nak check lagi. Lepas balik berjalan-jalan lepas geram tekan pedal minyak, baru dapat tau. Perrgh..lega! Walau tak sehebat mana, tapi at least tak lah jadi nitemare aku malam ni. ALHAMDULILLAH..

Hari ini jugak abah aku belanja makan kuetiau hongkong. Haha~ Habis makan, abah aku hulur duit, suruh aku pergi kaunter, bayar. Aku kena gula pulak. Haiyee~ Boleh budak tu maen tarik2 duit ngan aku.(sambil pandang aku dan berkata-kata) Entah apa dye cakap aku pon kurang pasti. Tapi yang pastinya aku diketawakan oleh budak tu dan makcik2 yang turut berada kat situ jugak.(jaga kaunter agaknye) Terkedip-kedip aku pandang budak tu. Tak paham! Dan yang pastinya drama sebabak tu turut ditonton ma abah aku dan orang lain yang makan kat situ jugak. Uh, malu aku! Ntah2 dye nak jual minyak urut tak?Hei,jangan perasan lah apple! Engat ada ke orang nak pandang kau?? Aku bukan paham sangat bahasa budak2 sekarang ni. Sudah lah tengok orang pon semacam aje macam nak telan pon ade. Pastu cakap entah-apa2-entah yang aku pun tak berapa nak paham. Takkan nak ayat aku kot. Tengok gaya macam aku lagi tua dari dia aje. Tak munasabah!

4 comments:

Yana said...

first tyme ek drive sendiri? syokk kan? hhaa. aku tak de lesen agi. jeles.

jadi bepe resultnyeee??

APPLE LEMON said...

mesti la seronok.klau ikot aku,aku nk drift aje.haha~ ko ble nk mek lesen yana?

result? haha..3.79 aje.

saya afiqah laa (: said...

ecececeeh na drift yee..jumm :)


tahniah babe!

APPLE LEMON said...

hehe~ trimas dude~

Post a Comment