Buat pertama kalinye aku jejak balik rumah kampung aku tue selepas hampir dua tahun tak balik. Lepas opah meninggal pada raya ketiga tahun 2009, aku memang tak penah balik sane dah. Mungkin ma aku tak kuat nak hadapi kenyataan kot. Aku sendiri pon tak kuat rasenye. Masa nak balik tu pon, aku rasa lain macam. Takut tak boleh nak adapt dengan keadaan baru. Yup, memang btol! Sepanjang aku kat rumah tu, terbayang-bayang arwah opah. Terdengar-dengar suara opah. Rasa rindu yang amat. Dulu opah sakit. Tak boleh berjalan. Dok rumah aje. Kalau atuk kuar, opah tinggal sensorang. Mesti sunyi. Tapi dulu, aku tak paham. Sekarang aku paham. Sebab sekarang aku pon dok sorang2 kat rumah. Memang sunyi. Kadang2 tertekan rasanye.Tapi at least aku boleh jugak berjalan-jalan kt luar, tapi opah boleh duduk dalam rumah aje. Patot la opah selalu moody aje dulu..
Malam yang aku tido kampung tu, hujan lebat. Guruh sangat kuat. Aku punyalah takot. Sampai tak boleh tido. Paklong sampai 2 kali azan. Risau pulak memikirkan atuk yang tinggal sensorang kt rumah tu sekarang..Tapi atuk bukannye mau tinggal ngan kitorang walau dah jenuh mengajak. Tetap nak tinggal kt situ. Mungkin teringatkan opah kot. Atuk sampai jual motor sebab teringat opah bila tengok motor tue. Masa nak balik semalam pun, masa lambai atuk, jenuh aku tahan air mata dari mengalir. Sedihnye rasa.. Mujur malam gelap, takde yang perasan air mata aku yang mengalir dalam perjalanan balik rumah.. Sampai aku habis tulis post ni pon, aku masih lagi menangis... T_T
0 comments:
Post a Comment