Aku baru jejak rumah lepas amek adindaku balik sekolah tadi. Duduk Kamunting, sekolah kat Taiping. Sikit punya jauh la haih. Padahal ade je sekolah dekat rumah aku ni haa. Sekangkang tapir aje pon. Heleh! Aku dulu pon sekolah kat taiping ape. Nak bising tetibe ni apehal? Tapi tu kira ampun la sebab aku duduk asrama hokeh! Walaupun hampir tiap2 minggu ma abah aku datang. Huahuahua. Maybe sebab sekolah yang dekat rumah aku tu sekolah unisex dan selalu jugak la aku nampak budak - budak berseluar hijau berkemeja putih tu lepak kat port belakang tu, taktau la buat hape kejor nyamuk ke hape ke, maka memang kene pikir DuaRatusTigaPuluhTiga kali la kalau nak campak adinda aku tu sekolah situ. Dan dah memang jadi job aku sejak dua bulan ni pegi ngambek dia dari senin sampai khamis walaupun tanpa gaji. Jumaat tu kira cuti umum aku pasal hari Jumaat abah ambik. Fullstop.
Tapi tadi aku terlambat keluar rumah nak ngambek dia. Jadi aku pun mula balik hobi yang baru aku tinggal beberapa minggu. Memecut di jalan raya. Memang hobi aku la merempit ni. Mesti orang - orang atas jalan tu bengkek je ngan aku. Dah lah kereta aku tu Ok! Kereta mak aku! ada lambang P. Memang ada bau - bau nak dapat surat chenta lah. Waaa~ Cepatlah habis lesen P oi.. Pasal aku dah tak sabar - sabar nak kumpul surat chenta kaler merah. Bila sampai sekolah dia dah lengang. Adoi! Rasa bersalah pulak kat budak sorang tu. Maap ye.
Balik tu, singgah pejabat pos. Nak pos kad raya untuk ma abah, abang dan adik aku. Hahaha. Yang kawan - kawan punya dah selamat aku pos khamis lepas ngan senin lepas. Dah selamat sampai pon. Untuk che abang tersayang tu pon dah selamat dia baca. Yang untuk famili aku tu lambat sikit aku pos pasal tak thrill la kn.. Hari ni pos esok dah sampai. Takkan nak wish awal - awal. Patot lagi dua tiga hari nak raya baru aku nak hantar sebenarnya. Tapi sebab raya hari Selasa mungkin dan hari Ahad abang posmen bercuti, maka hari ni adalah hari yang paling sesuai. Tapi tadi tak sempat nak lekat setem kat rumah tadi. Jadi, aku pon terpaksa menggunakan khidmat saliva aku walaupun macam kurang senonoh tapi TERPAKSA ye. Sebab jenuh dah aku geledah kereta tu cari air tapi mana nak jumpa benda alah tu bulan - bulan puasa ni kan. Dan aku pun memang berat bontot nak masuk dalam tu semata - mata nak pegi kat span basah tu untuk lekatkan setem. Dulu zaman aku kecik - kecik selalu je aku buat perangai kurang sopan ni. Tapi sejak terbaca artikel pasal sorang pempuan yang selalu buat perangai macam aku tu dan tiba - tiba lidah aku tak bape sure bibir ke lidah dia bengkak. Dan bila dibedah yang keluar adalah lipas. Oh, jijik! Benda ni jadi sebab dalam gam dekat setem ngan enbelob tu mengandungi bahan yang menghasilkan telur lipas. Aku pun tak bape engat sangat dah pasal ni. Maap ye kalau terlebih propa aje. Dan maap jugak pasal aku tak boleh nak share artikel tu kat sini sebab aku dah deactivate fb aku. Artikel yang aku baca tu dari profile sorang kawan ak kat fb sebenarnya Takpelah.. Kalau aku ade jodoh nak jumpa dengan artikel ni, aku share kat sini supaya anda - anda boleh baca. Macamlah ade orang baca blog aku. Hahaha.
Balik pejabat pos, hari dah mendung. Ada bau - bau nak hujan ni. Yeay! Sedap tido petang - petang hujan - hujan ni. Dekat jalan tu, tiba - tiba nampak sorang apek tengah kayuh basikal dengan gigihnya. Mesti pasal risau ditimpa hujan. Tambah - tambah pulak angin memang kuat time tu. Baru lah timbul rasa nak bersyukur masa tu pasal aku naik kereta. Taklah basah kalau hujan pun. Manusia memang camtu. Dah time - time macam ni baru pandai nak bersyukur. Aku cakap kat aku sorang aje ye. Janganlah ada yang saman aku pulak lepas ni. Tolong. Tolong. Tolong jangan perasan ayat pedas ni ditujukan kat sesape. Dan tolong lah jangan ade yang perasan aku tuju ayat ni khusus untuk dia ye. Sekian. Tapi masa aku kecik - kecik dulu kan. Aku memang suka kayuh basikal dengan sakannya bila nak hujan. Pasal risau basah. Padahal memang dah basah dah pun. Tapi tetap kayuh dengan sedaya upaya sebab nak sampai rumah dengan cepat. Hahaha.
1 year ago
0 comments:
Post a Comment