C***I

Tangan dah terasa gatal nak menulis. Tapi sebenarnya tak tahu apa yang nak ditulis. Tu yang senyap je tak post apa2. Tapi tadi tengah2 belek paper tadi, terbaca satu artikel yang aku rasa agak menarik. Kes cerai pasangangan Islam MENINGKAT . Kalau ada sape2 yang rasa tak percaya boleh rujuk sini .

Ok! Aku tak boleh nak komen lebih2 pasal aku sendiri pun belum kawen. Hahaha. Tapi aku dah perhatikan isu ney dah lama dah. Sejak zaman aku sekolah lagi dah. Ney sekarang ney aku dah habeh sekolah dah, dah 2 tahun dah pun. Dan dari ape yang aku perhatikan memang hari2 ada je isu ney dalam paper. KES CERAI!! Aku tak faham kenapa semakin hari semakin ramai yang bercerai. Agaknya sebab makin ramai yang berkahwin, maka ramai lah yang bercerai kot. Logikkah? Adakah anda berkahwin semata-mata untuk bercerai? Sedangkan ketika anda melangsungkan perkahwinan,begitu ramai orang mendoakan kebahagiaan anda.(perasan tak dalam kad kahwin tu ada doa untuk pengantin tu? Ke tak pernah belek pon,sekadar tengok tarikh dan tempat aje?) Atau adakah anda merasakan bercerai tu dah jadi satu trend yang kalau korang tak ikot sama, maka korang menjadi seperti katak dalam balang kaca? Satu trend macam tudung yuna tue? Yang aku tengok sekarang ney semua pakat nak pakai macam tu. termasuklah aku pun.hahaha~ tapi muka aku terang2 tak sesuai,maka aku pun lupakan hasrat yang satu itu Tak pun dah macam trend yang semua pakai sanggul tinggi2 dan semakin ramai yang pakai tudung sebab nak ikut trend ney? yeke makin ramai?? Alhamdulillah jika semakin ramai yang memilih untuk bertudung tetapi biarlah ikhlas kerana ALLAH dan bukannya kerana rasa nak pakai,pakai.,rasa tak nak pakai,bukak je lah,susah ape.

Sedarlah bahawa cerai itu adalah perkara halal yang paling dibenci ALLAH. ALLAH tidak melarang tetapi tidak menyukainya. Cerai itu adalah ikhtiar terakhir sekiranya usaha2 kita untuk menyelamatkan hubungan suami isteri itu menemui jalan buntu. Ataupun adakah sebenarnya cerai ini berlaku kerana idolamasa sekarang pon dah ramai yang bercerai kan,nak buat cemane,terikut-ikut lah jadinya. Atau mungkin kerana ramai yang ber"kahwin free" , dipaksa berkahwin sedangkan niat di hati cuma mahu berseronok-seronok sahaja tetapi malangnya terkantoi pulak, tu yang tak kisah langsung kalau bercerai? Sebab dah tak ada rasa malu kalau bercerai pun sebab kahwin dulu pun dah rasa malu kan. Tak tau lah pulak kalau ada yang seronok kena "kahwin free" ney.(tapi kalau masuk tb tu sume tutup2 muka,siap sanggup terjun tingkap lagi semata-mata tak mau kantoi). Tak kisah lah apa pun penyebabnye, tetapi isu ney perlu diatasi. Jangan nanti dah jadi adat pulak bila orang kahwin cerai ney. Doakan aje lah yang terbaik untuk semua pasangan yang berkahwin tu. Bentukkan lah mawaddah dan mahabbah dalam setiap hubungan suami isteri ye. Senyum,tak perlu kata apa2~    ^___^

p/s : Amat memalukan bila bilangan pasangan bukan Islam yang bercerai pulak yang menurun,sedangkan yang Islam makin galak pulak nak bercerai.

3 comments:

Yana said...

i kalau kawen, tak nak cerai2. hehe.
tapi kalau dah die dah tak bahagia dgn aku, i lepaskan jee. ye, wpon perit.haha, jiwang!

Zuhair said...

cayalah farah!

APPLE LEMON said...

yana : btol! aku setuju.hehe~

juer : perlikah? hahaha~

Post a Comment