Omputeh ni, cara dia lebih pada mendekati anak2, cara lembut la. Spend time dengan deorang, try adapt dengan dunia budak2 tu. Bagi apa deorang nak, bagi pendedahan sume. Sampaikan budak2 yang belom masuk tadika pon dah pandai mengemop lantai dan buat kek. Cara deorang lebih kepada bagi budak2 tu buat, bagi deorang pengalaman, rasa sendiri sama ada benda tu patut buat ke tak patut buat.
Kalau orang melayu pulak, lebih kepada ketegasan, teguran. Selalunya budak2 ni tak diberi kebebasan untuk buat apa yng deorang nak buat. Contoh, budak2 ni nak try tolong mak masak. Tapi mak halau dari dapur. Alasan : nyemak aje, kacau orang nak buat keje,Lagipon bahaya, ade pisau sume, kuali panas. Tak kesah la yang mana pon. Setiap orang ada cara dia sendiri. Tak ada yang salah.
Okay! Aku bukan nak cakap pasal tu sebenarnya. Aku nak cakap pasal adik aku yang sorang tu. Masa aku tengah tengok telebisen tu, dia pon sebok jugak lah nak duduk kat situ. Bukak buku, konon2 nak buat keje sekolah lah. Ha'a. Ye sangat la tu. Buat keje sekolah. Buku bukak, pensel kat tangan, tapi mata kat telebisen. Ape kes? Siap mulut ternganga lagi. Aku pun hambat la dia suh buat keje. Dah dia marah aku balik. Aii budak ni. Dia salahkan aku pulak, tak tolong dia buat keje sekolah yang dia tak reti nak buat. Tapi sekali aku cakap je nak buat camne, boleh pon buat. Hee~ Saje nak hangatkan lava gunung berapi la tu. Campak luar pintu baru tau.
Tiba2 aku terpandangkan kertas2 warna yang dia suruh ayah aku beli hari isnin hari tu. Konon2 nak buat keje seni dia la, ape tue, kolaj ke namanye ntah. Aku pon dah lupa. Lama dah tak belajar seni ni. Hai, tak berusik pon kertas warna tu. Sah2 la dia tak buat lagi. Dah aku tanya, baru la engat nak buat. Dah la esoknye (hari ni la tue) kene hantar. Dah time2 desperate camtu, pandai la mintak aku tolong dia buat. Sebab kesian, aku tolong la walaupun aku ni terang2 buta seni. Lantak kau la. Janji siap, cantik tak cantik, cerita kat kedai mamak la.
Dalam lukisan yang dia dapat tu, ada gambar seekor burung hinggap atas dahan, ada bunga, daun. Kalau tengok2 balek, memang banyak jugak lah yang nak kena buat tu. Tambah2 orang macam aku yang memang buta kayu bab gini, memang akan amek masa lama la ni. Hee tak reti aku. Aku suh la dia koyak2 kan kertas warna tu, aku tampal. Nasib baek burung tu dah nak siap dah, tinggal sejemput je lagi yang dia belum buat itu hari. Mula2 dia duduk la ngan aku, buat sama2. Lama2 duduk jauh cket. Lama lagi, dah pegang remot telebisen. Lama2 lagi, ternganga depan telebisen. Aku pun apa lagi, jerkah sekali. Dia duduk balik depan aku. "Ni haziq buat la ni" Ha'a ye la sangat dia buat. Buat aku sakit hati aje la. Boleh pulak dia buli aku buat keje sekolah dia. Nasib memang dah takde sape nak tolong dia aje, kalau tak memang aku bior aje. Baek aku tengok tv.
Pukul 11, keje tu tak siap lagi. Yang budak sorang tu ntah hilang mana. Dia tido!! Hai senangnye. Aku yang bertungkus lumus buat keje kategori budak2 bawah umur ni, dia sedap2 buat taik mata. Tiba2 dia mai kat aku. Tau apa dia cakap? "Hai, tak siap lagi?" Wah3.. Dah macam aku ni kuli, dia tu mando. Dia tanya aku lagi, "Tak penat ke buat tu?" Mau tak penat? Kalau ikot aku, aku nak koyak aje. Nanti cakap je kat cikgu, "Kakak saya dah terbuang dalam tong sampah la cikgu. Mm..nak buat macam mana.." Pastu boleh dia pulak pesan kat aku, bila siap simpan terus dalam beg sekolah dia, esok dia nak hantar, nanti tertinggal plak. Sabo je lah. Pukul 11 suku baru siap. Aku bagi kat dia, dia tak tido lagi. Boleh dia pegi mengaku kat mak aku, tu dia buat. Ha'a betol la tu. Memang dia buat. Tapi burung yang sekor tu je la yang dia buat pon. Tu pon, aku tolong sejemput lagi bagi siap.
Ni la kolaj yang adik aku "buat" tu.
p/s : Buat baik berpada-pada. Jangan sampai kena buli. Dengan adik sendiri pulak tu. Saaboorr je lah!
7 comments:
well...
adik hg lg bertuah drpd adik zuhair
adik hafiz yg plg bertuah!
kenapa dengan adik hafiz?
haha. juer :D
haziq la, bukan hafiz :D
burung tu je lawa :P yang laen tak.hahaha
wei, aku salah faham dah nie. abaikan yang atas. bawah je boleh pakai
hampeh! yg laen tue ak buat taw! hahaha~
aha.lagi hampeh!
terlupa lak nk komen sini
hafiz, hari2 teman adik dia buat hwork
tv pun x pasang time tu
dahsat...
Post a Comment