tong sampah?

Semalam aku tengah tengok telebisen masa aku terpandangkan adik aku yang darjah dua tue tengah melukis something dalam buku dia. Tengok dari jauh macam pelik aje bentuknye. Macam garis lurus tapi bengkang bengkok. Macam nak lukis gunung ganang pon ade. Maka aku pon tanpa tunggu lebih lama,tanya lah kat dia.

" Eh, nak lukis apa tu? Gunung? Ada ke gunung camtu? "
" Bukan lah! Ney sungai! "
" Hahahahahahahahahahaha!!! "

Tanpa tertahan-tahan lagi,aku gelak punya lah sakan. tak nampak rupa sungai langsung. Disebabkan lukisan tu macam laen dari yang laen kan, maka aku pon usha la dia dok melukis tu. Tiba-tiba dia lukis satu lagi bentuk yang pelik. Tanpa ragu2, aku dengan yakinnya menyangka dia tengah melukis ikan walaupun kalau ikotkan memang takdenye bentuk ikan langsung2. Tapi biasa lah,imaginasi budak2 ney kan tak boleh nak dijangka.Pokok pisang bergoyang tengah malam pon dikatanya hantu. Hailaaa~~ Ada la dalam 2-3 ekor "ikan" dia lukis. Aku pon tanya dia lagi.

" Tu lukis apa pulak tu? Ikan? Takde macam ikan pon! Hahaha! "

Tau apa dia jawab? Jawapan yang sungguh mencabar akal aku. Buat aku termenung panjang memikir.

" Ni sampah la! Dalam sungai kan ada sampah."

Terdiam aku. Cuba renung2kan ye. Apa maksud tersirat yang perlu kita kupas kat sini. Kalau dah sampai tahap kita tanya kat budak2 sekarang ney apa yang ada dalam sungai, dia lebih utamakan sampah daripada ikan, apa maksudnya? Kenapa sampah bukannya ikan? Bukan kalau ikut logik, ikan ke yang patut berasmaradana dalam sungai? Pasal yang selalu dia nampak dalam sungai sekarang ni adalah sampah, dan bukannya ikan. Jadi apa maknanya? Maknanya, sungai kita dah terlalu tercemar! Sedar atau tidak?

Cuba imagine ye.. Dalam masa 10-20 tahun lagi, apa akan jadi pada sungai kita? Mungkin budak2 pada masa tu akan cakap sungai tu tong sampah pulak. Tak mustahil kan? Kalau dah sekarang pon, budak2 memang anggap sungai tu hak milik sampah , apatah lagi sedekad nanti yang tentu2 nya kuantiti sampah dalam sungai pon dah makin banyak. Dah memang ala2 rupa tong sampah pon.Pada siapa harus kita tuding jari? Pada bahu siapa patut kita bebankan kesalahan ni? Kita kah? Jiran sebelah rumah kah? Atau memang ikan2 dalam sungai tu yang salah sebab tak pernah menyuarakan hak dia terhadap habitat dia? Kalau dah dia pon tak kisah, apa kita nak kisah? Tak payah tuding jari kat sape2 sebab kita adalah sebahagian kepada penyumbangnya. Tak percaya? Takkan anda tak pernah langsung terbuang sampah tapi bukan dalam tong sampah? Ala..plastik hacks aje pon. Hatta secebis kertas gula2 pon still sampah kan? Takkan anda tak pernah terbuang plastik buah potong yang dibeli tepi jalan atau kat R&R melalui tingkap kenderaan anda? Renung2kan lah ye..
ni tong sampah ye bukan sungai.jangan silap pulak.hehe~

Jadi, apa kita boleh buat untuk atasinya? Mungkin kita takde kuasa nak ubah semua ni, tapi kita still boleh membantu dengan tidak menjadi salah seorang daripada orang2 yang masih cetek ilmu hingga tak tahu membezakan tong sampah dengan sungai. Berubah lah kepada seorang yang lebih rasional dan bertimbang rasa. Jangan menjadi manusia yang zalim sehingga merampas habitat makhluk lain. Cuba kalau kita yang berada di tempat mereka. Suka ke??Hargai setiap keindahan yang dikurniakan pada kita ye. Biarkan sungai itu mengalir kerana itu memang tugasnya dan tugas kita sebagai khalifah adalah menjaganya bukan mengkhianati amanah itu. Pen's off~~~

3 comments:

saya afiqah laa (: said...

hahhaaa mesti chumell an haziq lukih tuu..adoii lawak laa kau nie fara!

Zuhair said...

cintailah sungai kita...

APPLE LEMON said...

che fiqah : nnti ak snap gmba dye lukis tue taruk kat cni.hahaha~

juer : btol tue juer! =)

Post a Comment