yang tak biasa dibiasakan
bicara jari: APPLE LEMON - Tuesday, June 4, 2013
Few days ago, hantar my adik pegi sambung belajar. Oh, tak sangka begitu cepat masa berlalu. My lil sister sekarang dah besar dah. Aku risaukan my lil sister tue sebenarnye. Yelah, selama ni tak pernah tinggalkan rumah, tapi sekarang dah kena berjauhan. Risau kalau-kalau dia tak boleh berdikari. Dah la alone aje kat sne, takde kawan yang dapat tempat sama. *eh, tp aku masa mula-mula masuk usm pon, takde kawan yang dah memang sedia kenal pon.boleh aje hidup kan. malaysia boleh! krik krik krik. choi~*
Sekarang kat rumah tinggal ma abah dengan my lil brother. Mesti sunyi tambah-tambah nak puasa ni. Dulu, *eh, tak payah nak dulu sangat la* i mean ramadhan last year, semua empat-empat ada kat rumah. Complete. Tapi tahun ni tinggal ma abah adik bertiga aje, since my abang pon dah keje, aku pulak nak buat LI kt penang ni, and my lil sister dah pegi sambung belajar.
Balik lepas hantar adik, my abang balik kl. Tinggal aku aje la yang ikot balik taiping that day. Memang terasa sunyi tue. Kalau aku yang jarang-jarang ade kat rumah tue boleh terasa ketiadaan adik, ma tentu lebih rasa sbb all times kat rumah kan. bila ma masuk bilik adik, aku tawu ma rindu dia. Biasa lah, benda yang biasa, bila mula untuk tak dibiasakan tentu susah dan benda yang tak biasa untuk mula dibiasakan pon susah. It may takes time, but things will be okay.
Berat hati nak balik semalam actually, tak nak tinggal ma abah sebab takde siapa lagi yang aku boleh harap untuk tengok-tengokkan ma abah, dulu ade adik. Bila lewat sikit sampai semalam, ma call berkali-kali, risau katanya. Tapi aku tawu, actually ma sunyi dan rindu anak-anak dia. Tambah-tambah bila maghrib sampai isyak abah and my lil brother g masjid, ma sekarang tinggal seorang kat rumah. At least dulu, ade adik temankan ma..
Oh, cengengnye aku, sambil tulis post ni pon aku boleh buat drama melayu. choi~ ok, see ya, mode study dah on jadi kene berjimba dengan nota sahaja. :)
Separuh jalan
bicara jari: APPLE LEMON - Friday, December 28, 2012
Yes, tahun 2012 dah nak habis. Ape maknanya anak-anak? Ye! Pandai. Makin tua tak lama lagi. Sedar tak sedar kelip-kelip mata, dah separuh jalan aku kat sini.Separuh nyawa jugak. Jenuh kumpul sisa-sisa semangat, daya usaha yang bersepah-sepah nak habiskan lagi separuh jalan ni.
Tak lama lagi dah nak final, dan aku masih terkontang-kanting habiskan bacaan-bacaan yang menimbun. Mujur projek elektronik yang berchenta sungguh aku siapkan bersama teman-teman tu selesai dihantar pagi tadi. See? Orang laen dah berjimba dengan buku baka, aku masih pegang soldering iron lagi minggu-minggu ulangkaji ni. Bosan! Mujur menyala dan emmm berjaya hoyeah hoyeah! *melompat-lompat macam budak-budak baru dapat gasing. errr ada lagi budak sekarang maen gasing ke? mane, budak-budak sekarang sibuk kelek ipad tab tab segala gajet kehulu kehilir je. Bukan macam zaman aku dulu. Jutaria tue dah kira highclass dah.*
Stress sungguh la dah hujung-hujung sem ni. Dengan nak final, dengan macam-macam la. Stress je aku g merayau-rayau sesorang. See? Aku sekarang lagi senang kemana mana sorang. Bila bila nak pegi pon, pegi je. Satu dua pagi nak g kepsi pon redah je. Tak sabar nak habiskan paper, dan angkut barang balik kampung halaman. Aku asyik layan stress aku je sampai lupa ramai lagi diuji ALLAH. Ade lagi teruk dari aku. Ditarik nikmat sihat. Ditarik nikmat itu, ini. Ditarik nyawa insan tersayang. Tapi masih cekal menghadap. Aku ni? Cengeng! Uji sikit, tekanan. Tak positif langsung. Bila entah nak berubah. *Sila masukkan dalam list azam tahun depan ye cik apple lemon*
Minggu-minggu ulangkaji ni, mari kita muhasabah diri, positifkan minda dan stay fokus. Jangan layan sangat godaan-godaan nafsu tu. Syuh syuh *tangan gawang-gawang macam halau nyamuk* Ceh aura nak jadi motivator kan aku ni. Padahal motibatak boleh la. Okay, pen's off. Malas la nak tulis, mengarut je lebih. Hee geram dengan diri sendiri.
p/s : Bila buku nak menggoda saya ni? Teringin nak dating berdua je dengan buku tanpa orang ketiga.
Olembek 2012
bicara jari: APPLE LEMON - Wednesday, August 1, 2012
Oh, tadi aku tengok bola baling. Ya Rabbi. Aku rasa orang silap la panggil menan tue bola baling. Aku tengok deorang maen tue tak macam baling pon bola tue, macam rejam sampai tembus ade laa. Tengok deorang maen, rasa malu pulak nak mengaku aku penah jugaklah maen menan tue masa kecik-kecik dulu. Kalau nak bandingkan, memang jauh panggang dari api la aku nak merasa join ho ho ho limpik tue. Join ho ho ho lembek boleh laa. Haha.
Walau macam mana pon, semangat kesukanan tue yang penting. Urrrgghhhhh! Berkobar-kobar ni. Aku masih percaya Malaysia mampu berada sebaris dengan deorang-deorang tue walaupun tak tahu lagi bila boleh jadi kenyataan. Yang penting, SEMANGAT!!
malunya !
bicara jari: APPLE LEMON - Monday, June 18, 2012
Tiga hari yang lepas, aku malu teramat. Insiden paling malu dalam tempoh dua tahun 2 bulan beberapa minggu ni. Aku benci bila tertangkap macam tue. Rasa macam nak lari pegi India menyamar jadi kajol sekejap. Dua bulan lagi baru balik. Kalau lah boleh kan... Ah, jangan nak kalau - kalau sangat lah. Semua benda pon possible dengan kalau kau tu. Tapi hakikatnya?? Hampeh kuasa tiga. Mencik!!
Paling aku kesal, masa aku buat tu la dia nak tengok segala bagai. Masa aku tak buat, tak tengok pulak. Tahukah anda, selama hampir setahun setengah saya tak buat benda tu. Benci bila tertangkap buat benda yang saya jarang - jarang sangat buat,atau dah lama gila tak buat, lepas tue masa tue jugak lah nak terkantoi. Dan benda tu pon, bukan saya yang mulakan. Mereka! Rasa macam nak jerit "saya tak salah, innnceeekkkk!" . Kat situ jugak. Niat saya baik, semuanya atas nama kawan. Huhuhu. Mak!! Nak teghiakk ni.. Sob sob sob.. Terasa macam diri ini sangat jahat sebab macam dah betray beliau. Walaupun hakikatnya, TIDAK SAMA SEKALI. Nak sebut perkataan melayunye, macam teruk sangat aje bunyinye. Jadi, mohon pinjam bahasa omputih tue sekejap ek. Hei, tapi aku bukan buat benda merapu pon tau. Sumpah!
Sejak tue, rasa serba salah dengan beliau. Ye, beliau memang cakap beliau tak marah, tapi sedikit sebanyak saya tawu, mesti terselit rasa kecewa tu kat mana - mana kan. Rasa malu nak contact dengan beliau. Takut beliau tinggal saya. Takut beliau salah faham dengan saya. Takut beliau punya pandangan terhadap seya berubah. Takut sangat!
Takpe, percaya pada jodoh. Amin..
Ingatan buat hati
bicara jari: APPLE LEMON - Saturday, May 19, 2012
Sedang belajar hidup sendirian. Ke sana sendiri. Ke sini sendiri. Buat ini sendiri. Buat itu juga sendiri. Tak mahu manjakan diri lagi. Berdikari. Tak mahu harapkan orang lagi. Bergantung pada kekuatan diri sendiri. Jatuh bangun sendiri. Biar tak berteman dalam nyata, tapi aku tahu DIA sentiasa ada. Biar tak mampu meluahkan rasa, tapi aku tahu DIA sentiasa sudi mendengarnya. Cuma aku yang terlalu malu. Lumrah. Masa gembira tak pernah nak ingat. Masa duka, baru kalut mencari. Betapa pentingkan dirinya aku. Kerana itu aku terlalu malu dengan -NYA.
Bukan semua manusia itu baik. Sedang berusaha menjadi lebih baik. Mohon ditetapkan iman. Moga mampu menangkis godaan syaitan. Berbuat baik sesama insan. Moga suatu hari nanti dibalas dengan baik juga. Biar bagaimana buruk layanan orang terhadap kita, jangan sesekali membalasnya dengan yang lebih buruk Balas lah dengan kebaikan. Moga pintu hatinya terbuka untuk berbuat baik dengan kita. Amin. Itu yang aku ingatkan hati bila syaitan menghasut. Moga hatiku tidak mati dalam mengasihani.
Aku tak mahu jadi budak cengeng lagi. Tak mahu terlalu mudah menitiskan air mata. Looser! Aku mahu merealisasikan namaku sendiri. Mahu saja aku batukan hati. Matikan hati. Tapi aku tak mahu jadi kejam. Hatiku dah jadi macam time bomb. Bila - bila masa boleh meletup. Jangan cabar aku untuk itu. Tolong. Tolong. Tolong.
Setiap air mata yag aku titiskan mungkin kerana banyaknya aku menitiskan air mata orang lain. Hati yang terguris mungkin kerana banyaknya hati lain yang terguris keranaku. Jangan mencari kesalahan orang lain, tapi lihatlah kelemahan diri sendiri. Jujurlah dengan diri sendiri. Belajar hidup sendiri kerana bila masa yang dipinjam ini diambil kembali, kita juga akan sendiri di sana.
Kekesalan
bicara jari: APPLE LEMON - Tuesday, April 10, 2012
kembali dan akan kembali :)
bicara jari: APPLE LEMON - Monday, March 5, 2012
gadget cool
bicara jari: APPLE LEMON - Tuesday, January 31, 2012
Eh, suka perut aku la nak lambat ke ape ke. Selama ni aku tau je semut ni ade gadget sendiri nak halu - halu kawan - kawan dia. Cuma selama ni mati - mati aku ingat sesungut sepasang tercongok kat kepala dia tu la gadget yang gila cool tu. Rupanya salah! Haaa..mesti ramai taktau kan? *blink.blink.sengeh kemenangan* huh! gila yakin kan? Entah - entah aku sorang je yang taktau selama ni.
Oh, ya! Semut - semut ni sebenarnya ade satu rongga kat abdomen dia yang digunakan untuk menghantar isyarat-isyarat cinta buat kekasih hati. Eh, bukan. Bukan. Bukan isyarat cinta. Isyarat - isyarat bahawa lombong makanan telah ditemui dan mereka diminta memulakan operasi segera. Juga menghantar isyarat untuk menyerang musuh beramai-ramai. Ok. Tue aje. Taknak tulis panjang - panjang. Tata.
The first and the last
bicara jari: APPLE LEMON - Friday, January 13, 2012
Aku baru lepas azab menjawab preksa. Hee. Macam nak gila! Library la jadi rumah aku. Tak bolehnye duduk bilik tue. Takdenye rajin aku nak bukak buku kalau dah duduk kat bilik tue. Tau je exam tue takkan mungkin keluar soalan senang tahap tadika, tapi godaan katil,bantal tu lagi hebat goyahkan iman aku. Lepas tue, marathon le jawabnyee..
Aku takde benda nak tulis pon sebenarnya. Cuma nak tinggalkan entri pertama untuk tahun 2012 ni, dan yang terakhir sementara aku masih lagi belasan tahun ni. Kejap lagi, tua dah aku. Hehehe. No more
Oh, dah sembilanbelastahun aku hidup. Banyak benda yang aku dah buat. Banyak jugak benda yang patut aku buat tapi aku tak buat-buat lagi. Aku janji dengan diri sendiri, akan ada improvement. Akan! Kalau aku mungkir janji, aku akan telan diri sendiri. Huahuahua. Hee. Apa aku mengarut malam ni.
Semoga ada
p/s : tengah giat layan cerita Gemersik Kalbu episod episod yang terlepas tue kat sini. Memang layan lah! Macam sweet-sweet gitu kan. Kena pegi cari itu novel. Wajib buat koleksi. Ok, enough. Aku nak pegi tolong mak aku cuci kereta. Baek kan aku? Boleh buat calon menantu kan? Yang single - single boleh rekemen kat mak tau. *Blink.Blink* Ah, tak payah. Dah berlaki dah aku ni. Hehe. Pen's off. *smile*
Selamat jalan romeo!
bicara jari: APPLE LEMON - Saturday, December 31, 2011
Bila sebut pasal tahun baru, biasanya otometik orang akan kaitkan dengan azam.Urrr..dan
Oh, ya! Aku nak cakap pasal urrr..umur sebenarnya. Bila masuk tahun baru, bermakna usia kita pon berubah satu angka. Ada yang dari rumah sa jadi rumah puluhan. Dari satu angka jadi dua angka. Dari nombor satu dekat pangkal, dah diganti dengan nombor dua. Dari nombor dua ke nombor tiga. Dari empat bla bla bla. Eh apa dua tiga empat ni? Dah macam poligami pulak. Urrrrr.. Sesuatu yang menggembirakan atau tak bila kita sedar yang kita makin tua? Ramai yang cakap tak. Alasan sebab tak nak tua. Hello??? Kau ingat kau boleh main taram suka - suka nak umur berapa? Kau ingat ni macam cerita conan ke tak tua - tua?
Aku sangat suka bila nak jejak 20 ni. Sebab bagi aku, bila umur kita bertambah, kita sebenarnya dah berada satu tahap yang lebih tinggi dari sebelum ni. Aku rasa pada umur 20 ni aku sepatutnya dah boleh berfikiran matang, dah boleh bertindak dengan matang. Walaupun aku nampak macam budak - budak dan pemikiran pon kampung semacam je, tapi bila aku sedar yang aku dah duapuluhtahun, aku akan berusaha jadi makin matang. Aku rasa lebih yakin nak pikul tanggungjawab. Kalau dulu masa zaman hingusan, dalam kepala asyik nak bersuka ria aje, sekarang dah mula fikir pasal masa depan dan tanggungjawab. Tanggungjawab hamba kepada pencipta-Nya. Tanggungjawab anak kepada ibu bapanya. Tanggungjawab kakak kepada adik - adiknya. Tanggungjawab isteri kepada suaminya. Eh, aku belum kawen! Dan macam - macam tanggungjawab lagi. Masa ni baru sedar yang berat sebenarnya nak tanggung semua tu. Memang kalau nak difikir - fikirkan rasa macam nak balik zaman tadika tocang kuda dulu je, sebab malas nak fikir pasal masalah dan bla bla bla, tapi terfikir tak yang bila kita ada pemikiran yang macam tu, seolah - olah macam kita tak bersedia untuk jadi dewasa dan tak bersedia untuk jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya? Mungkin korang tak rasa, tapi aku rasa macam tu. Aku nak cepat - cepat jadi matang sebab aku dah penat dapat layanan macam budak hingusan yang taktahu apa - apa. Lagi pon, aku nak kawen cepat. Hahaha. Kena lah bersiap sedia dengan ilmu yang sepatutnya. Takde takde. Jangan nak buat muka cemberut. Semua orang nak kawen apa? Sape taknak kawen sila angkat tangan, cikgu nak masuk dalam senarai andartu! Hehehe. Jadi, tak salah kalau aku bercita - cita nak kawen awal kan, sebab aku dah ada calon dan aku taknak jadi andalusia. :)
Selamat menyambut hari tua kawan - kawan. Semoga tahun 2012 menjadi lebih baik dari tahun 2011. Semoga amal dan iman dipertingkatkan dan kejayaan dunia dan akhirat tercapai :)
3 Top Memori Alam Persekolahanku- Apple Lemon
bicara jari: APPLE LEMON - Wednesday, December 21, 2011
Tapi rasanya bagus jugak bila sekali - sekala kita selak sekejap cerita dolu - dolu. Hahaha. Kadang - kadang boleh senyum, kadang - kadang boleh nangis! Hebat kan sebuah kenangan? Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus..Duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia...tetttttt!! tak payah intro lebor - lebor. Kita terus lompat ke isi utama ye kawan - kawan.
1. Light! Camera! Action!
haa,tu! Monyet curik makanan.Tapi aku bukan nak bukak kisah dongeng pasal monyet. Aku nak cerita pasal kelas aku tue haa. Budak - budak kelas tue memang semua gila. Malam - malam time kelas prep sibuk shooting dalam kelas. Dalam versi hindustan pulak tue. Siap ada translator lagi.
Kalah juhi chawla kot! Kehkehkeh. Oh, kalau nak cerita pasal kelas aku aje, memang patah la jari aku nak menaip. Tue belum masuk part buku berterbangan keluar kelas mencari tong sampah pagi - pagi angkara Mr. Goh lagi. Bukan takat buku aje, rekorder cap ayam pon terbang tau.
. Pasal Cikgu Midi lagi. Kalau nak bukak hikayat ni, memang dalam mimpi pon aku sengeh aje.Havoc gila kan tajuk dia? Masa aku form tuttt *tahun dirahsiakan* ada sorang budak ni , eh ape sorang pulak, 2 la kn? kalau sorang takde meknenye nak kena tangkap basah. Budak ni bla bla bla. Malu satu sekolah weh. Ha'ah..yelah! Percayalah aku tipu je tue. Hahaha. Saje nak tarik perhatian korang nak suruh baca karut - karut aku ni. Ni kalau orang jenis kepoh sikit, memang berkenan sangatlah dengan tajuk tue. Belom baca dah potpetpotpet dah mulut dia.
Perghhh hot story ni! Wajib baca ni beb! Nih kalau cerita kat senah *bukan nama sebenar* memang meletup niiiiihhhh! Haa..kepoh kan? Tapi percayalah aku bukan orang macam tu. Gosip - gosip layan jugak, tapi takat dengar aje lah. Tapi dosa share sama rata jugak kan? Jadi, jangan buat lah ye kawan - kawan. Ish! Aku tak sukalah tulis panjang - panjang. Nanti takde orang nak baca kan... Masa aku form 2, aku penah kena tangkap tau. Masa exam. Aku tak engat le exam apa masa tu, pertengahan tahun agaknya. Tapi yang pastinya aku kena tangkap time paper bahasa asing @ bahasa jepun sebab aku hamek bahasa jepun kat sekolah dulu. Saja nak susahkan aku kan? Bahasa Melayu pon tunggang langgang, Bahasa Inggeris pon tercicir - cicir, nak tambah Bahasa Jepun tue pulak kan?? Saya kantoi, puan - puan! Kantoi bagi tiru taw. Bukan meniru. Tapi dikira menipu dalam peperiksaan jugak. Nasib baik tak dicampaknya aku dalam kolam. Huh! Yang kurang puas hatinya sebab disebabkan sorang tu kantoi bawak nota, kitorang yang hati suci murni nak membantu mereka yang tak berdaya pon terheret sekali. Geram kan? Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. *Eh, betulkan penggunaan peribahasa ini di sini anak- anak? Hantam sajalah labuuu!! Takde cikgu BM bace entry kau pon.* Kitorang yang tertangkap ni masuk mahkamah kot! Mahkamah pengetua. Kena telepon parents depan pengetua, bagitau apa salah kita sampai terkantoi tu. Nangis - nangis aku telepon mak aku tau.
Saja je aku berlakon tu, mintak simpati pengetua. Haha. *gaya dia nak simpati la konon* Lepas tu, sampai ke tua, aku tak bagi orang tiru aku tau. Tapi paper bahasa jepun je lah. Paper laen, halal kalau orang nak tiru. Hahaha. Kot kalau yakin la dengan jawapan aku sebab aku pon tingtong je. Hahahaha. Jahat kan aku masa sekolah dulu? *sengeh jahat* *wink*wink*3. Masuk,kak! Masuk! Masuk!
Sekali baca macam nak jemput orang masuk rumah masa datang beraya kan. Dua kali baca dah macam abang polis paksa orang masuk lokap pon ada. Tapi percayalah dua - dua pon salah. Hahaha. Tajuk ni untuk dua cerita. Situasi 1. Library. Bilik tayangan. Masa ni tengah sakan meletup cerita Nur Kasih kat tv3, hari jumaat pukul 9 malam. Disebabkan malam - malam semua orang kena pegi prep, maka terbantut lah hasrat nak menontot cerita ni. Yang lelaki patah hati sebab tak dapat tengok Tiz Zaqyah, yang perempuan kecewa tak dapat tatap wajah abang Remy Ishak. Tapi, disebabkan abang ketua pps baek hati, dia bukak bilik tayangan untuk kitorang yg pps ni tau. Motif? Sebab kunci dia pegang. Kehkehkeh. Heaven gila! Tapi librarian aje boleh masuk tau. *mula - mula aje lah. Lepas lama - lama, semua pon pakat masuk jugak.* Tapi ni memang senyap - senyap aje la. Kalau kantoi ni, memang hilang lah telinga semua orang. Kena tetak. Ngehngeh. Memang tiap - tiap jumaat penuh la bilik tue. Memang macam tengok wayang dah. Best kan sekolah aku? Mampu??
Ok! aku memang jahat. Aku mengaku. Sebab takde orang baik, mengaku dia baik kan.. Tapi orang jahat selalu mengaku dia jahat. Betol! Tak percaya? Percayalah..Sebab kalau tengok dalam filem,dalam novel, pon banyak tau statement pengakuan dia adalah jahat. " I tak sesuai dengan u, I jahat, U baek..Kita tak sepadan.." Boo! Kan jodoh kententuan ALLAH. Berserah laa! Ok, situasi 2. SPM. Pintu masuk sekolah. Aku rasa, ramai yang terlibat dalam pembikinan cerita ni. Hahaha. Masa SPM, kitorang telah fly beramai - ramai. 100++ jugak lah bilangan dia. Dahsyat kan? Kau ada? Hampir semua takde tempat tuju laen melainkan Taiping Sentral. *tue aje yang paling hebat kat Taiping. muka seposen* Menteri tak menteri la kitorang kan sampai cikgu mai turut kitorang kt TS tau! Hambat balik sekolah! Hehehe. Memang untung la pakcik - pakcik teksi hari tue. Naek - naek aje, tak payah bukak mulut, pakcik tue taw dah nak hantar kat mana. Terbaik kan? *double jerk* Sampai je pintu pagar sekolah, "masuk!masuk!tulis nama!" . Tue la ayat mak guard. Siap kena hambat macam anak ayam lagi. Hahaha. Aku rasa nak gelak guling - guling sekarang. Bila lagi nak buat jahat kan? Dah keluar sekolah nanti, menyesal kalau tak buat jahat at least sekali . Bosannye hidup kat sekolah kalau skematik letronik ye kawan. *jangan ikut buat jahat tau! buat jahat boleh tapi kena cover ye anak - anak! jangan bagi kantoi. hehehe*Antara benar dan tidak
bicara jari: APPLE LEMON - Sunday, December 11, 2011
Ekceli aku tengah stress. Jangan tanya sebab apa. *pergh! perasan gila! macam ada je orang nak hamek tau kan??* Tapi memang aku tak berniat dan langsung tak berminat nak cerita apa - apa pon. Takot nanti tersalah cerita. Timbul fitnah. Taknak aku tanggung dosa. Cukup - cukup lah kan. Takpe. Hari ni hari kamu, esok lusa insyaALLAH hari aku. Kau nak jaja cerita apa pon, jaja lah. Sikit pon aku tak heran. Sebab aku manusia yang tau diri. Aku tau apa aku buat. Aku engat jasa - jasa baek yang penah orang tabur kat aku walau sebesar biji limau sekalipon. Aku bukan manusia yang jenis lupa diri. Orang buat baek dengan aku, aku balas dengan layanan yang baik. Tapi bila orang buat masalah dengan aku, maknanya kau silap orang. Orang bizi macam aku tak kuasa nak layan orang - orang macam ni.
Bercakaplah selagi kau masih diberi anugerah untuk bercakap. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui. Suatu hari nanti, we'll know siapa yang benar dan siapa yang salah. Aku tak kata aku betul dan aku tak kata kau salah. Mungkin dari sisi aku, aku rasa aku betul. Aku rasa setiap tutur kata, tindak tanduk aku benar belaka. Tapi mungkin aku lah punca semuanya. Tapi takpe, one day, we'll know the truth. Bukak lah segala cerita tentang aku kalau kau rasa itu memuaskan hati kau. Sikit aku tak heran. Tapi aku takkan sekali - kali bukak cerita kau sebab aku taknak aib aku dibuka nanti. Sekian. Chow~
kisah hati
bicara jari: APPLE LEMON - Wednesday, November 30, 2011
mengarut mengaret
bicara jari: APPLE LEMON - Saturday, October 1, 2011
Aku mulanya agak keberatan nak masuk sini. *gila skema sarkastik lah bahasa aku.hahaha.maklumlah dah lama tak tekan keypad laptop.ni pon laptop pinjam.macam daif gila je kan.sob..sob..* Takde sorang pon kawan yang aku dah memang kenal kat sini. Aku dah la payah gila nak survive sesorang ni. Masuk matrik pon geng ngan rumet ngan member sekolah je. *gila assabiyah lah.hahaha* Nak buat macam mana. Aku kan pemalu. *gila perasan betul minah ni! Sori. Ngehngeh* Tapi aku sangatlah beruntung dapat member yang baik hati lagi memahami dan paling penting kepala weng boleh buat sekutu dengan aku. Hahaha.
Ok. Aku tau apa aku tulis ni memang tak menarik langsung. Tapi aku nak tulis jugak. Nanti bila aku dah bercucu bercicit, aku akan paksa deorang baca blog aku siap follow sekali. *nampak sgt ke-desperate-an aku kn?* Tapi kat sini, memang totally laen lah dengan tempat - tempat aku penah jejak sebelum ni. Maklumlah aku kan orang kampung yang kuno gila. *tapi bukan semua orang kampung kuno macam aku ye. Sekian harap maklum* Betul lah org cakap, nak masuk u kne bersedia fizikal dan mental. Kne pandai bawak diri. WAJIB tu! Sebulan aku duduk sini, macam - macam dah aku pandang, dengar dan belajar. Sampai apa aku tengok dalam movie pon boleh tgk live dah skrg. Dahsyat kan??
Ok, pen's off!
nyum nyum nyum
bicara jari: APPLE LEMON - Sunday, August 28, 2011
| rupa memang tak comei langsung. Tapi apedehal kan. Nak masuk perut jugak. Kalau takde orang nak sentuh, takpe.. adik aku ade. Hulur la ape pon, dia sumbat mulut jugak. hahaha. |
kuih - kuih raya
bicara jari: APPLE LEMON - Friday, August 26, 2011
Semalam semangat je aku ngan ma aku gi econsave nak cari barang nak buat kueh. Konon - konon nak harga murah lah. Hahaha. Malangnya semua benda yang nak dibeli tu banyak yang tak ade. Mungkin orang laen dah borong dulu agaknya kot kan. Hahaha. Jadi, aku ngan ma aku pon berusaha lah ke the store pulak. Hampir semua benda yang dicari dapat ditemui kecuali satu aje. Esen Vanila. Jenuh la pusing sana, pusing sini, pi kedai sana, pi kedai sini, padahal pegi satu kedai aje. Hahaha. tapi tak jumpa pon benda alah tu. Last - last dah give up. Sebelum balik, aku suruh ma aku singgah kat kedai pakcik kat rumah aku tu, nak beli ais. Sekali aku jumpa esen vanila tu. Ade satu je. Memang rezeki aku la tu. Hahaha.
Jadi, pagi ni bermula la misi membuat kueh raya. Mula - mula sekali, kueh tat gulung nanas. Hajat di hati nak buat tat gulung lah, tapi macam taknak jadi pulak kan. Maka, terpaksalah tukar kepada tat buah nanas. Alah..yang bentuk nanas tu. Renyah sikit nak buatnye. Tapi memang seronok. Hahaha. Tambah - tambah part yang gunting - gunting tu.
| Walaupun rupanya memang tak cantik menarik tertarik kau memang da bomb. Tapi aku tetap berbangga dengan hasil air tangan aku. Hahahaha. |
Malam ni pulak, mengadap oven lagi. Tapi kali ni, yang senang sikit le. Hehehe. Biskut cornflakes aje. Ni first time nak try. Resipi pon maen google aje. Pastu maen tambah - tambah ikot suka hati. Hahaha. Nasib baik abah aku cakap sedap. Kalau tak, memang dah ade rasa - rasa nak campak tong sampah je la. Ngehngehngeh. Yang ni pon rupanya langsung tak cantik menarik tertarik kau memang da bomb. Tapi rasa boleh tahan lah. Aku dah mula ada angan - angan nak meniaga kueh raya tahun depan. Sape - sape nak order, boleh la ye. Hahaha.
| Don't judge a book by its cover ye..Hehehe. Rasa dulu, baru tau. |
| Kalau nak rasa, boleh mai rumah aku ye.Jemput - jemput semua. Alamat cari sendiri. Hahaha. Kalau nak order pon boleh. Ahaks. * perasan! * |
rujuk sini
bicara jari: APPLE LEMON - Wednesday, August 24, 2011
Rumah - Sekolah - Pejabat Pos
bicara jari: APPLE LEMON -
Tapi tadi aku terlambat keluar rumah nak ngambek dia. Jadi aku pun mula balik hobi yang baru aku tinggal beberapa minggu. Memecut di jalan raya. Memang hobi aku la merempit ni. Mesti orang - orang atas jalan tu bengkek je ngan aku. Dah lah kereta aku tu Ok! Kereta mak aku! ada lambang P. Memang ada bau - bau nak dapat surat chenta lah. Waaa~ Cepatlah habis lesen P oi.. Pasal aku dah tak sabar - sabar nak kumpul surat chenta kaler merah. Bila sampai sekolah dia dah lengang. Adoi! Rasa bersalah pulak kat budak sorang tu. Maap ye.
Balik tu, singgah pejabat pos. Nak pos kad raya untuk ma abah, abang dan adik aku. Hahaha. Yang kawan - kawan punya dah selamat aku pos khamis lepas ngan senin lepas. Dah selamat sampai pon. Untuk che abang tersayang tu pon dah selamat dia baca. Yang untuk famili aku tu lambat sikit aku pos pasal tak thrill la kn.. Hari ni pos esok dah sampai. Takkan nak wish awal - awal. Patot lagi dua tiga hari nak raya baru aku nak hantar sebenarnya. Tapi sebab raya hari Selasa mungkin dan hari Ahad abang posmen bercuti, maka hari ni adalah hari yang paling sesuai. Tapi tadi tak sempat nak lekat setem kat rumah tadi. Jadi, aku pon terpaksa menggunakan khidmat saliva aku walaupun macam kurang senonoh tapi TERPAKSA ye. Sebab jenuh dah aku geledah kereta tu cari air tapi mana nak jumpa benda alah tu bulan - bulan puasa ni kan. Dan aku pun memang berat bontot nak masuk dalam tu semata - mata nak pegi kat span basah tu untuk lekatkan setem. Dulu zaman aku kecik - kecik selalu je aku buat perangai kurang sopan ni. Tapi sejak terbaca artikel pasal sorang pempuan yang selalu buat perangai macam aku tu dan tiba - tiba lidah aku tak bape sure bibir ke lidah dia bengkak. Dan bila dibedah yang keluar adalah lipas. Oh, jijik! Benda ni jadi sebab dalam gam dekat setem ngan enbelob tu mengandungi bahan yang menghasilkan telur lipas. Aku pun tak bape engat sangat dah pasal ni. Maap ye kalau terlebih propa aje. Dan maap jugak pasal aku tak boleh nak share artikel tu kat sini sebab aku dah deactivate fb aku. Artikel yang aku baca tu dari profile sorang kawan ak kat fb sebenarnya Takpelah.. Kalau aku ade jodoh nak jumpa dengan artikel ni, aku share kat sini supaya anda - anda boleh baca. Macamlah ade orang baca blog aku. Hahaha.
Balik pejabat pos, hari dah mendung. Ada bau - bau nak hujan ni. Yeay! Sedap tido petang - petang hujan - hujan ni. Dekat jalan tu, tiba - tiba nampak sorang apek tengah kayuh basikal dengan gigihnya. Mesti pasal risau ditimpa hujan. Tambah - tambah pulak angin memang kuat time tu. Baru lah timbul rasa nak bersyukur masa tu pasal aku naik kereta. Taklah basah kalau hujan pun. Manusia memang camtu. Dah time - time macam ni baru pandai nak bersyukur. Aku cakap kat aku sorang aje ye. Janganlah ada yang saman aku pulak lepas ni. Tolong. Tolong. Tolong jangan perasan ayat pedas ni ditujukan kat sesape. Dan tolong lah jangan ade yang perasan aku tuju ayat ni khusus untuk dia ye. Sekian. Tapi masa aku kecik - kecik dulu kan. Aku memang suka kayuh basikal dengan sakannya bila nak hujan. Pasal risau basah. Padahal memang dah basah dah pun. Tapi tetap kayuh dengan sedaya upaya sebab nak sampai rumah dengan cepat. Hahaha.
Berdua Bersatu
bicara jari: APPLE LEMON - Wednesday, August 17, 2011
Lagu Tiga Kupang
bicara jari: APPLE LEMON - Friday, August 12, 2011






