Selamat jalan romeo!

Oh ya! Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum kita melangkah ke tahun baru. Jadi, apa perasaan anda? Gembira tak? Bagi yang nak bertunang nak kawen nak dapat baby nak itu ini tahun depan, mesti la gembira suka suka gila kan? Tapi jangan gembira sangat ye? Sebab dalam kita bergembira tu, ada insan malang yang sedang berduka.Macam aku yang bertungkus lumus menyeksa otak dengan buku tebal dan soklan - soklan. Prihatin lah sikit ye kawan - kawan :)


Bila sebut pasal tahun baru, biasanya otometik orang akan kaitkan dengan azam.Urrr..dan umur..Dah bosan kan kalau nak cakap pasal azam aje sebab mostly bila datang je tahun baru, soklan pemes haruslah "Apa azam tahun baru u eh?" Perlu ke nak buat azam baru tiap - tiap tahun ? "Eh, haruslah! Kita kena sentiasa ada kemajuan dalam hidup. Makanya harus buat azam tahun baru!" Motiff?? Macam mana dengan azam tahun lepas yang dok tergapai - gapai nak dicapai lagi tu? Dilupakan macam kulit kacang yang dilupakan isinya aje ke? Azam hanya boleh dibuat masa awal tahun baru je ke? As long as kau ada keinginan untuk jadi seorang yang lebih baik, tak perlu list azam berkajang - kajang lagi dah. Bila kau mahukan perubahan yang positif bererti kau dah bolah berfikir yang mana harus kau buat dan tak harus dibuat. Tak perlu azam lebih - lebih.


Oh, ya! Aku nak cakap pasal urrr..umur sebenarnya. Bila masuk tahun baru, bermakna usia kita pon berubah satu angka. Ada yang dari rumah sa jadi rumah puluhan. Dari satu angka jadi dua angka. Dari nombor satu dekat pangkal, dah diganti dengan nombor dua. Dari nombor dua ke nombor tiga. Dari empat bla bla bla. Eh apa dua tiga empat ni? Dah macam poligami pulak. Urrrrr.. Sesuatu yang menggembirakan atau tak bila kita sedar yang kita makin tua? Ramai yang cakap tak. Alasan sebab tak nak tua. Hello??? Kau ingat kau boleh main taram suka - suka nak umur berapa? Kau ingat ni macam cerita conan ke tak tua - tua?


Aku sangat suka bila nak jejak 20 ni. Sebab bagi aku, bila umur kita bertambah, kita sebenarnya dah berada satu tahap yang lebih tinggi dari sebelum ni. Aku rasa pada umur 20 ni aku sepatutnya dah boleh berfikiran matang, dah boleh bertindak dengan matang. Walaupun aku nampak macam budak - budak dan pemikiran pon kampung semacam je, tapi bila aku sedar yang aku dah duapuluhtahun, aku akan berusaha jadi makin matang. Aku rasa lebih yakin nak pikul tanggungjawab. Kalau dulu masa zaman hingusan, dalam kepala asyik nak bersuka ria aje, sekarang dah mula fikir pasal masa depan dan tanggungjawab. Tanggungjawab hamba kepada pencipta-Nya. Tanggungjawab anak kepada ibu bapanya. Tanggungjawab kakak kepada adik - adiknya. Tanggungjawab isteri kepada suaminya. Eh, aku belum kawen! Dan macam - macam tanggungjawab lagi. Masa ni baru sedar yang berat sebenarnya nak tanggung semua tu. Memang kalau nak difikir - fikirkan rasa macam nak balik zaman tadika tocang kuda dulu je, sebab malas nak fikir pasal masalah dan bla bla bla, tapi terfikir tak yang bila kita ada pemikiran yang macam tu, seolah - olah macam kita tak bersedia untuk jadi dewasa dan tak bersedia untuk jadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya? Mungkin korang tak rasa, tapi aku rasa macam tu. Aku nak cepat - cepat jadi matang sebab aku dah penat dapat layanan macam budak hingusan yang taktahu apa - apa. Lagi pon, aku nak kawen cepat. Hahaha. Kena lah bersiap sedia dengan ilmu yang sepatutnya. Takde takde. Jangan nak buat muka cemberut. Semua orang nak kawen apa? Sape taknak kawen sila angkat tangan, cikgu nak masuk dalam senarai andartu! Hehehe. Jadi, tak salah kalau aku bercita - cita nak kawen awal kan, sebab aku dah ada calon dan aku taknak jadi andalusia. :)






Selamat menyambut hari tua kawan - kawan. Semoga tahun 2012 menjadi lebih baik dari tahun 2011. Semoga amal dan iman dipertingkatkan dan kejayaan dunia dan akhirat tercapai :)

3 Top Memori Alam Persekolahanku- Apple Lemon

Post ni ditulis khusus untuk menyahut seruan *eceh! seruan la sgt kn. hahaha* cik RNS kte..

Tapi rasanya bagus jugak bila sekali - sekala kita selak sekejap cerita dolu - dolu. Hahaha. Kadang - kadang boleh senyum, kadang - kadang boleh nangis! Hebat kan sebuah kenangan? Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus..Duri ranjau dalam bercinta lumrah dunia...tetttttt!! tak payah intro lebor - lebor. Kita terus lompat ke isi utama ye kawan - kawan.


1. Light! Camera! Action!

Sumpah bila aku ingat balik rasa macam nak gelak tonggeng - tonggeng. Ni kisah masa aku form 2. Kelas 2 Utarid masa tue. *kelas paling di-anti kelas lain rasanya time tue. Urrr..Pegi tanya budak kelas laen kenapa sebab aku sendiri pon clueless* Aku dulu sekolah penjara. Pagi petang siang malam memang terperap dalam sekolah aje. Nak tengok jalan raya pon payah. Apatah lagi nak tengok tepik light. Tapi yang syoknya, boleh tengok monyet percuma. Tak payah masuk zoo, tak payah beli tiket. Nak tengok dye punya head boy pon boleh. Gedabak gila! Hahaha. haa,tu! Monyet curik makanan.Tapi aku bukan nak bukak kisah dongeng pasal monyet. Aku nak cerita pasal kelas aku tue haa. Budak - budak kelas tue memang semua gila. Malam - malam time kelas prep sibuk shooting dalam kelas. Dalam versi hindustan pulak tue. Siap ada translator lagi.  Kalah juhi chawla kot! Kehkehkeh. Oh, kalau nak cerita pasal kelas aku aje, memang patah la jari aku nak menaip. Tue belum masuk part buku berterbangan keluar kelas mencari tong sampah pagi - pagi angkara Mr. Goh lagi. Bukan takat buku aje, rekorder cap ayam pon terbang tau. . Pasal Cikgu Midi lagi. Kalau nak bukak hikayat ni, memang dalam mimpi pon aku sengeh aje.


2. Tangkap Basah?

Havoc gila kan tajuk dia? Masa aku form tuttt *tahun dirahsiakan* ada sorang budak ni , eh ape sorang pulak, 2 la kn? kalau sorang takde meknenye nak kena tangkap basah. Budak ni bla bla bla. Malu satu sekolah weh. Ha'ah..yelah! Percayalah aku tipu je tue. Hahaha. Saje nak tarik perhatian korang nak suruh baca karut - karut aku ni. Ni kalau orang jenis kepoh sikit, memang berkenan sangatlah dengan tajuk tue. Belom baca dah potpetpotpet dah mulut dia.Perghhh hot story ni! Wajib baca ni beb! Nih kalau cerita kat senah *bukan nama sebenar* memang meletup niiiiihhhh! Haa..kepoh kan? Tapi percayalah aku bukan orang macam tu. Gosip - gosip layan jugak, tapi takat dengar aje lah. Tapi dosa share sama rata jugak kan? Jadi, jangan buat lah ye kawan - kawan. Ish! Aku tak sukalah tulis panjang - panjang. Nanti takde orang nak baca kan... Masa aku form 2, aku penah kena tangkap tau. Masa exam. Aku tak engat le exam apa masa tu, pertengahan tahun agaknya. Tapi yang pastinya aku kena tangkap time paper bahasa asing @ bahasa jepun sebab aku hamek bahasa jepun kat sekolah dulu. Saja nak susahkan aku kan? Bahasa Melayu pon tunggang langgang, Bahasa Inggeris pon tercicir - cicir, nak tambah Bahasa Jepun tue pulak kan?? Saya kantoi, puan - puan! Kantoi bagi tiru taw. Bukan meniru. Tapi dikira menipu dalam peperiksaan jugak. Nasib baik tak dicampaknya aku dalam kolam. Huh! Yang kurang puas hatinya sebab disebabkan sorang tu kantoi bawak nota, kitorang yang hati suci murni nak membantu mereka yang tak berdaya pon terheret sekali. Geram kan? Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. *Eh, betulkan penggunaan peribahasa ini di sini anak- anak? Hantam sajalah labuuu!! Takde cikgu BM bace entry kau pon.* Kitorang yang tertangkap ni masuk mahkamah kot! Mahkamah pengetua. Kena telepon parents depan pengetua, bagitau apa salah kita sampai terkantoi tu. Nangis - nangis aku telepon mak aku tau.  Saja je aku berlakon tu, mintak simpati pengetua. Haha. *gaya dia nak simpati la konon* Lepas tu, sampai ke tua, aku tak bagi orang tiru aku tau. Tapi paper bahasa jepun je lah. Paper laen, halal kalau orang nak tiru. Hahaha. Kot kalau yakin la dengan jawapan aku sebab aku pon tingtong je. Hahahaha. Jahat kan aku masa sekolah dulu? *sengeh jahat* *wink*wink*


3. Masuk,kak! Masuk! Masuk!

Sekali baca macam nak jemput orang masuk rumah masa datang beraya kan. Dua kali baca dah macam abang polis paksa orang masuk lokap pon ada. Tapi percayalah dua - dua pon salah. Hahaha. Tajuk ni untuk dua cerita. Situasi 1. Library. Bilik tayangan. Masa ni tengah sakan meletup cerita Nur Kasih kat tv3, hari jumaat pukul 9 malam. Disebabkan malam - malam semua orang kena pegi prep, maka terbantut lah hasrat nak menontot cerita ni. Yang lelaki patah hati sebab tak dapat tengok Tiz Zaqyah, yang perempuan kecewa tak dapat tatap wajah abang Remy Ishak. Tapi, disebabkan abang ketua pps baek hati, dia bukak bilik tayangan untuk kitorang yg pps ni tau. Motif? Sebab kunci dia pegang. Kehkehkeh. Heaven gila! Tapi librarian aje boleh masuk tau. *mula - mula aje lah. Lepas lama - lama, semua pon pakat masuk jugak.* Tapi ni memang senyap - senyap aje la. Kalau kantoi ni, memang hilang lah telinga semua orang. Kena tetak. Ngehngeh. Memang tiap - tiap jumaat penuh la bilik tue. Memang macam tengok wayang dah. Best kan sekolah aku? Mampu??   Ok! aku memang jahat. Aku mengaku. Sebab takde orang baik, mengaku dia baik kan.. Tapi orang jahat selalu mengaku dia jahat. Betol! Tak percaya? Percayalah..Sebab kalau tengok dalam filem,dalam novel, pon banyak tau statement pengakuan dia adalah jahat. " I tak sesuai dengan u, I jahat, U baek..Kita tak sepadan.." Boo! Kan jodoh kententuan ALLAH. Berserah laa! Ok, situasi 2. SPM. Pintu masuk sekolah. Aku rasa, ramai yang terlibat dalam pembikinan cerita ni. Hahaha. Masa SPM, kitorang telah fly beramai - ramai. 100++ jugak lah bilangan dia. Dahsyat kan? Kau ada? Hampir semua takde tempat tuju laen melainkan Taiping Sentral. *tue aje yang paling hebat kat Taiping. muka seposen* Menteri tak menteri la kitorang kan sampai cikgu mai turut kitorang kt TS tau! Hambat balik sekolah! Hehehe. Memang untung la  pakcik - pakcik teksi hari tue. Naek - naek aje, tak payah bukak mulut, pakcik tue taw dah nak hantar kat mana. Terbaik kan? *double jerk* Sampai je pintu pagar sekolah, "masuk!masuk!tulis nama!" . Tue la ayat mak guard. Siap kena hambat macam anak ayam lagi. Hahaha. Aku rasa nak gelak guling - guling sekarang. Bila lagi nak buat jahat kan? Dah keluar sekolah nanti, menyesal kalau tak buat jahat at least sekali . Bosannye hidup kat sekolah kalau skematik letronik ye kawan. *jangan ikut buat jahat tau! buat jahat boleh tapi kena cover ye anak - anak! jangan bagi kantoi. hehehe*

kawan-kawan sekalian, jom share cerita zaman sekolah kita 

Antara benar dan tidak

Dah lama sangat dah tak letak entry baru kat sini. Takde masa lah. Maklumlah bizi. Wah,statement! *konon bizi sangat lah kan,ngalahkan mak datin - mak datin kan* Tapi memang tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Aku memang bizi pon sejak - sejak makin tua ni. Pagi keluar, balik senja. Mana ada masa nak exercise jari. Takkan nak pulun usung leptop kecik aku ni ke hulu ke hilir kan. Memang tak kuasa lah! Nak jog pon memalam buta baru ada masa. Lagi pulak, sejak - sejak jadual exam mula menyemak kat papan kenyataan tu, memang bertambah kurang lah masa bersosial aku kan.

Ekceli aku tengah stress. Jangan tanya sebab apa. *pergh! perasan gila! macam ada je orang nak hamek tau kan??* Tapi memang aku tak berniat dan langsung tak berminat nak cerita apa - apa pon. Takot nanti tersalah cerita. Timbul fitnah. Taknak aku tanggung dosa. Cukup - cukup lah kan. Takpe. Hari ni hari kamu, esok lusa insyaALLAH hari aku. Kau nak jaja cerita apa pon, jaja lah. Sikit pon aku tak heran. Sebab aku manusia yang tau diri. Aku tau apa aku buat. Aku engat jasa - jasa baek yang penah orang tabur kat aku walau sebesar biji limau sekalipon. Aku bukan manusia yang jenis lupa diri. Orang buat baek dengan aku, aku balas dengan layanan yang baik. Tapi bila orang buat masalah dengan aku, maknanya kau silap orang. Orang bizi macam aku tak kuasa nak layan orang - orang macam ni.

Bercakaplah selagi kau masih diberi anugerah untuk bercakap. Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui. Suatu hari nanti, we'll know siapa yang benar dan siapa yang salah. Aku tak kata aku betul dan aku tak kata kau salah. Mungkin dari sisi aku, aku rasa aku betul. Aku rasa setiap tutur kata, tindak tanduk aku benar belaka. Tapi mungkin aku lah punca semuanya. Tapi takpe, one day, we'll know the truth. Bukak lah segala cerita tentang aku kalau kau rasa itu memuaskan hati kau. Sikit aku tak heran. Tapi aku takkan sekali - kali bukak cerita kau sebab aku taknak aib aku dibuka nanti. Sekian. Chow~

kisah hati

 Berhari- hari aku berusaha mengutip sisa - sisa kekuatan yang berterbangan saat perkhabaran itu menyapa telinga. Sehingga baru hari ini aku berupaya untuk mengabadikan coretan ini. Sungguh aku terkejut! Sehingga berkali - kali aku bertanya, meminta kepastian. Di luar sedar air mata sudah mencurah - curah.

Rasanya ini mungkin post yang pertama berkaitan dengannya. Ajnabi pertama di hatiku. Aku tak pernah bercerita tentangnya, malah tak pernah terlintas di hatiku untuk bercerita tentangnya kerana bagiku ianya terlalu peribadi dan perkara peribadi tak perlu aku uar - uarkan di sini. Tapi hari ini, saat ini, aku tekad untuk berkongsi cerita. Yang aku kesalkan, kisah ini bukan kisah gembira, tetapi cerita air mata. Moga - moga ianya dapat memberi iktibar buat insan yang lain yang kebetulan terbaca kisah ini.

Ahad - 27 November 2011 - 1 Muharam 1433H.

Mama tercintanya pergi menghadap Illahi. Mujur dia sempat berada di sisi arwah mama  tercinta saat itu. Sungguh aku takut. Takut dia sukar menerima hakikat. Takut dia terperangkap dalam perasaan. Kerana setahu aku, dia terlalu rapat dengan allahyarhamah, bahkan terlalu manja. Sepanjang aku dengannya, sudah banyak cerita tentang allahyarhamah yang aku dengar. Sehinggakan aku begitu teringin untuk mengenali wanita itu. Berkali - kali juga dia mempelawa aku menemui ibunya, tetapi aku yang menolak. Alasanku, aku masih belum bersedia. Sungguh aku kesal. Tidak sempat menemui allahyarhamah. Mempunyai ibu mertua itu adalah impian aku. Sudah banyak perkara yang aku impikan untuk dilakukan bersamanya. Namun, manusia hanya mampu merancang. ALLAH jua yang maha mengetahui.

Saat dia dilanda musibah, aku tidak berupaya berada di sisinya. Sungguh aku rasa terkilan. Aku rasakan aku seorang loser. Aku tak mampu berada di sisinya saat dia bersedih. Aku tak mampu menenangkan  perasaannya. Kerana itu, aku emosi. Aku sangat kesal kerana aku tidak berupaya melakukan apa - apa untuknya. Aku sangat takut dia tidak dapat menerima keadaan ini. Tetapi ternyata aku tersilap menghitung. Ahmad Hafizi Nordin itu terlalu cekal hatinya, kuat semangatnya. Begitu tabah menerima setiap ujian yang datang menduga. Malah, dia juga yang menenangkan hatiku, menasihatiku. Sedangkan sepatutnya aku yang menenangkannya, sebaliknya aku yang lebih emosi. Jangan tanya kenapa aku yang terlebih emosi. Sebab aku sendiri tak tahu. Sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji seseorang hamba-Nya dengan ujian yang tak mampu dihadapinya. Itu yang dia pesan padaku. Berkali juga dia berpesan, hargailah ibu bapa kita sementara kita masih punya. Terlalu banyak pesanannya. Kerana itu juga aku semakin jatuh cinta. Jatuh sayang. Moga - moga dia benar - benar tercipta untukku. Moga - moga dia adalah jodoh yang ditakdirkan untukku. Itu harapanku dan dia, tapi sesungguhnya percaturan ALLAH itu lebih baik..

mengarut mengaret

Lama gila tak update kan. Dah nampak dah labah - labah ni. Hahaha. Takde cerita best nak dikongsi pon. Cuma sekarang dah terasa makin besaQ sebab sekarang dah jadi budak u. Macam tak percaya kan. Aku rasa macam baru lagi je aku maen tuju kasut segala bagai ngan budak - budak dekat rumah aku tu. Rasa macam baru lagi je aku maen kejar - kejar dengan beruk, monyet kat sekolah dulu. Dan rasa macam baru lagi je aku pulun study dengan rumet - rumet aku masa matrik dulu. Sekarang dah dekat sebulan pon tercampak kat sini.

Aku mulanya agak keberatan nak masuk sini. *gila skema sarkastik lah bahasa aku.hahaha.maklumlah dah lama tak tekan keypad laptop.ni pon laptop pinjam.macam daif gila je kan.sob..sob..* Takde sorang pon kawan yang aku dah memang kenal kat sini. Aku dah la payah gila nak survive sesorang ni. Masuk matrik pon geng ngan rumet ngan member sekolah je. *gila assabiyah lah.hahaha* Nak buat macam mana. Aku kan pemalu. *gila perasan betul minah ni! Sori. Ngehngeh* Tapi aku sangatlah beruntung dapat member yang baik hati lagi memahami dan paling penting kepala weng boleh buat sekutu dengan aku. Hahaha.

Ok. Aku tau apa aku tulis ni memang tak menarik langsung. Tapi aku nak tulis jugak. Nanti bila aku dah bercucu bercicit, aku akan paksa deorang baca blog aku siap follow sekali. *nampak sgt ke-desperate-an aku kn?* Tapi kat sini, memang totally laen lah dengan tempat - tempat aku penah jejak sebelum ni.  Maklumlah aku kan orang kampung yang kuno gila. *tapi bukan semua orang kampung kuno macam aku ye. Sekian harap maklum* Betul lah org cakap, nak masuk u kne bersedia fizikal dan mental. Kne pandai bawak diri. WAJIB tu! Sebulan aku duduk sini, macam - macam dah aku pandang, dengar dan belajar. Sampai apa aku tengok dalam movie pon boleh tgk live dah skrg. Dahsyat kan??

Ok, pen's off!

nyum nyum nyum

Malam ni misi diteruskan lagi. Keje - keje mencomotkan dapur ma aku. Hahaha. Sakan aku siapkan bahan - bahannya. Kali ni, chocolate chip cookies plak. Resipi macam biase. Google aje. Tapi diubahsuai jugak lah. Ikut citarasa sendiri. Yang mana aku tak suka tu, aku tak masukkan lah. Macam kelapa kering tu. First time try ni. Entah jadi entah tidak. Baru masuk satu loyang. Sekarang tengah tunggu masak le tu. Sambil - sambil tu, aku tengok majalah 3.

Kali ni cerita pasal merdeka. Part yang aku tengok ni, pasal kapten kobayashi. Sedih lah pulak aku tengok. Huhuhu. Dia ni sangatlah terharu menerima kunjungan kawan lama dia, Dato' Aziz. Nangis jugak lah. Haish. Pantang sungguh aku tengok orang nangis - nangis ni. Maklum lah.. rockers kan. Ahaks Hahaha. Dia ni sgt appreciate persahabatan deorang. Terharu sungguh aku. *sob..sob..*

Baik. Kembali kepada cerita cookies aku tadi. *chewah!!* hahaha. Pukul 12 baru siap semua. Sempat jugaklah aku lari - lari tengok cerekarama kat tv3 tu haa. Ngekek aku gelak. Hahaha. Haa.. ni aku nak share gambo cookies hasil eksperimen aku bersama adindaku. Ade yang kecik molek. Ade yang gedabak sebesar - besar alam. Hahaha. Tapi, rasanya memang boleh lah kalau nak buat pancing budak - budak. Coklat cip. Hahaha. Bijak tak aku memikat hati budak - budak? lalalala~

rupa memang tak comei langsung. Tapi apedehal kan.
Nak masuk perut jugak. Kalau takde orang nak sentuh, takpe..
adik aku ade. Hulur la ape pon, dia sumbat mulut jugak. hahaha.

kuih - kuih raya

Dah habis bab kad raya, hari ni pulun buat kuih raya pulak. Tahun ni terlebih rajin agaknye. Padahal sejak aku masuk sekolah menengah memang tak penah langsung - langsung buat sendiri. Semua maen tunjuk - tunjuk aje. Hahaha. Tahun lepas kalau ikutkan mmg nak buat sendiri bila harga kuih makin melambung - lambung. Jadi, rasa macam rugi pulak. Malangnya tahun lepas aku start cuti raya punyalah lambat. Maka, terbantut lah hasrat nak maen api dan tepung.

Semalam semangat je aku ngan ma aku gi econsave nak cari barang nak buat kueh. Konon - konon nak harga murah lah. Hahaha. Malangnya semua benda yang nak dibeli tu banyak yang tak ade. Mungkin orang laen dah borong dulu agaknya kot kan. Hahaha. Jadi, aku ngan ma aku pon berusaha lah ke the store pulak. Hampir semua benda yang dicari dapat ditemui kecuali satu aje. Esen Vanila. Jenuh la pusing sana, pusing sini, pi kedai sana, pi kedai sini, padahal pegi satu kedai aje. Hahaha. tapi tak jumpa pon benda alah tu. Last - last dah give up. Sebelum balik, aku suruh ma aku singgah kat kedai pakcik kat rumah aku tu, nak beli ais. Sekali aku jumpa esen vanila tu. Ade satu je. Memang rezeki aku la tu. Hahaha.

Jadi, pagi ni bermula la misi membuat kueh raya. Mula - mula sekali, kueh tat gulung nanas. Hajat di hati nak buat tat gulung lah, tapi macam taknak jadi pulak kan. Maka, terpaksalah tukar kepada tat buah nanas. Alah..yang bentuk nanas tu. Renyah sikit nak buatnye. Tapi memang seronok. Hahaha. Tambah - tambah part yang gunting - gunting tu.

Walaupun rupanya memang tak cantik menarik tertarik kau memang
da bomb. Tapi aku tetap berbangga dengan hasil air tangan aku.
Hahahaha.

Malam ni pulak, mengadap oven lagi. Tapi kali ni, yang senang sikit le. Hehehe. Biskut cornflakes aje. Ni first time nak try. Resipi pon maen google aje. Pastu maen tambah - tambah ikot suka hati. Hahaha. Nasib baik abah aku cakap sedap. Kalau tak, memang dah ade rasa - rasa nak campak tong sampah je la. Ngehngehngeh. Yang ni pon rupanya langsung tak cantik menarik tertarik kau memang da bomb. Tapi rasa boleh tahan lah. Aku dah mula ada angan - angan nak meniaga kueh raya tahun depan. Sape - sape nak order, boleh la ye. Hahaha.

Don't judge a book by its cover ye..Hehehe.
Rasa dulu, baru tau.

Kalau nak rasa, boleh mai rumah aku ye.Jemput - jemput semua.
Alamat cari sendiri. Hahaha. Kalau nak order pon boleh. Ahaks. * perasan! *
p/s : esok masih ada misi menghadap oven lagi. Mai join! Hehehe.     (^_~)v 

rujuk sini

Baik, kawan - kawan..
Kat bawah ni aku dah letak link artikel pasal gam kat enbelob dengan lipas tu. Kalau terasa nak baca, boleh lah pegi sini ye.. 

Rumah - Sekolah - Pejabat Pos

Aku baru jejak rumah lepas amek adindaku balik sekolah tadi. Duduk Kamunting, sekolah kat Taiping. Sikit punya jauh la haih. Padahal ade je sekolah dekat rumah aku ni haa. Sekangkang tapir aje pon. Heleh! Aku dulu pon sekolah kat taiping ape. Nak bising tetibe ni apehal? Tapi tu kira ampun la sebab aku duduk asrama hokeh! Walaupun hampir tiap2 minggu ma abah aku datang. Huahuahua. Maybe sebab sekolah yang dekat rumah aku tu sekolah unisex dan selalu jugak la aku nampak budak - budak berseluar hijau berkemeja putih tu lepak kat port belakang tu, taktau la buat hape kejor nyamuk ke hape ke, maka memang kene pikir DuaRatusTigaPuluhTiga kali la kalau nak campak adinda aku tu sekolah situ. Dan dah memang jadi job aku sejak dua bulan ni pegi ngambek dia dari senin sampai khamis walaupun tanpa gaji. Jumaat tu kira cuti umum aku pasal hari Jumaat abah ambik. Fullstop.

Tapi tadi aku terlambat keluar rumah nak ngambek dia. Jadi aku pun mula balik hobi yang baru aku tinggal beberapa minggu. Memecut di jalan raya. Memang hobi aku la merempit ni. Mesti orang - orang atas jalan tu bengkek je ngan aku. Dah lah kereta aku tu Ok! Kereta mak aku! ada lambang P. Memang ada bau - bau nak dapat surat chenta lah. Waaa~ Cepatlah habis lesen P oi.. Pasal aku dah tak sabar - sabar nak kumpul surat chenta kaler merah. Bila sampai sekolah dia dah lengang. Adoi! Rasa bersalah pulak kat budak sorang tu. Maap ye.

Balik tu, singgah pejabat pos. Nak pos kad raya untuk ma abah, abang dan adik aku. Hahaha. Yang kawan - kawan punya dah selamat aku pos khamis lepas ngan senin lepas. Dah selamat sampai pon. Untuk che abang tersayang tu pon dah selamat dia baca. Yang untuk famili aku tu lambat sikit aku pos pasal tak thrill la kn.. Hari ni pos esok dah sampai. Takkan nak wish awal - awal. Patot lagi dua tiga hari nak raya baru aku nak hantar sebenarnya. Tapi sebab raya hari Selasa mungkin dan hari Ahad abang posmen bercuti, maka hari ni adalah hari yang paling sesuai. Tapi tadi tak sempat nak lekat setem kat rumah tadi. Jadi, aku pon terpaksa menggunakan khidmat saliva aku walaupun macam kurang senonoh tapi TERPAKSA ye. Sebab jenuh dah aku geledah kereta tu cari air tapi mana nak jumpa benda alah tu bulan - bulan puasa ni kan. Dan aku pun memang berat bontot nak masuk dalam tu semata - mata nak pegi kat span basah tu untuk lekatkan setem. Dulu zaman aku kecik - kecik selalu je aku buat perangai kurang sopan ni. Tapi sejak terbaca artikel pasal sorang pempuan yang selalu buat perangai macam aku tu dan tiba - tiba lidah aku tak bape sure bibir ke lidah dia bengkak. Dan bila dibedah yang keluar adalah lipas. Oh, jijik! Benda ni jadi sebab dalam gam dekat setem ngan enbelob tu mengandungi bahan yang menghasilkan telur lipas. Aku pun tak bape engat sangat dah pasal ni. Maap ye kalau terlebih propa aje. Dan maap jugak pasal aku tak boleh nak share artikel tu kat sini sebab aku dah deactivate fb aku. Artikel yang aku baca tu dari profile sorang kawan ak kat fb sebenarnya Takpelah.. Kalau aku ade jodoh nak jumpa dengan artikel ni, aku share kat sini supaya anda - anda boleh baca. Macamlah ade orang baca blog aku. Hahaha.

Balik pejabat pos, hari dah mendung. Ada bau - bau nak hujan ni. Yeay! Sedap tido petang - petang hujan - hujan ni. Dekat jalan tu, tiba - tiba nampak sorang apek tengah kayuh basikal dengan gigihnya. Mesti pasal risau ditimpa hujan. Tambah - tambah pulak angin memang kuat time tu. Baru lah timbul rasa nak bersyukur masa tu pasal aku naik kereta. Taklah basah kalau hujan pun. Manusia memang camtu. Dah time - time macam ni baru pandai nak bersyukur. Aku cakap kat aku sorang aje ye. Janganlah ada yang saman aku pulak lepas ni. Tolong. Tolong. Tolong jangan perasan ayat pedas ni ditujukan kat sesape. Dan tolong lah jangan ade yang perasan aku tuju ayat ni khusus untuk dia ye. Sekian. Tapi masa aku kecik - kecik dulu kan. Aku memang suka kayuh basikal dengan sakannya bila nak hujan. Pasal risau basah. Padahal memang dah basah dah pun. Tapi tetap kayuh dengan sedaya upaya sebab nak sampai rumah dengan cepat. Hahaha.


Berdua Bersatu

Aku bukan nak cakap menda jiwang - jiwang ye. Harap maklum. Sila betulkan balik tanggapan anda - anda semua tu bila anda baca tajuk entri ni tadi. Cuma nak umumkan aje. Cewahhh! Umumkan lah sangaattt kannn. Dah gaya nak umum tarikh nikah kahwin la pulak. *Baik. Aku memang cukup suka bab bajet - bajet perasan hidung kembang kempih ni. Hahahaha. Blink. Blink. *

Ok. Pasal " Berdua Bersatu " tadi kan. Tu tajuk lagu sebenarnya. First time aku dengar lagu ni, memang layan lah. Jatuh tangga aku dibuatnya. Hahaha. Memang boleh lah buat teman time - time busan takde sape nak teman layan hadap korang. * kalau korang layan lagu sikit jiwang camni lah kan * 

Lagu ni agak baru sebenarnya. Nyanyian Forteen.Kumpulan baru bawah KRU kalau aku tak silap. * Aku memang sedikit suka memandai bab - bab fakta macam ni. Sorrrriii.. *   Ada sorang ahli group ni yang sumpah hensem kot. Hahaha. Suara pon sodap! Nyummmyy. 

Kalau nak try dengar lagu tu, boleh singgah sini  ye. Layan. Layan. Chow~

Lagu Tiga Kupang

Ok!
semalam ribut melanda
bukan melanda kamunting eh
melanda daerah hati aku aje
entah apa masalah entah
tetibe je aku rasa nak naik hantu
mujuq badan tak tukaq jadi hijo lagi
kalau tak, memang ada bau - bau nak dicalonkan
bagi watak incredible hulk edisi melayu laa




selalu bila aku hangin
yang jadi mangsa
biasenye kanak - kanak bawah umur
kat rumah aku ni memang takde orang laen la
selain budak sorang tu
hailaa~
manyak kesian sama dia maa
selalu jadik mangsa
al - maklum lah
dia sorang je paling kecik
bukan aku sorang je selalu bedal dia
mak aku, abang aku, adik aku lagi sorang tu apatah lagi laa
bukan hape
dia kan kecik lagi
jadi, bila kena marah pon
esok - esok lusa dia lupa dah
tapi kalau nak dimarah yang dah tua bangka ni
boleh jadi dendam meh
bahaya!!
jadi, saranan aku
kalau korang nak lepas geram,
telefon aje hot.fm zon bengang
eh? apa tiba - tiba ni?
takde kaitan langsung!
G - I - L - A !!



tapi, bila aku dah marah adik kecik aku tu
malam tu, mesti aku menyesal tahap gaban
tak tipu habaq kat hang
tambah - tambah bila teringat muka dia lepas kena marah tu
memang melimpah - limpah ke ladang teh la ayaq mata aku
mula la rasa bersalah kat dia
tu yang aku sampai tidoq pukui 3 tu
takut mata sembab
kantoi la aku leleh
malu beb!!
rockers nangeh
heee
ape barang ngen ?!!



jadi, solusi nye
pagi - pagi buta
time nak sahur tu
aku kejut dia
haha
kan aku cakap
budak - budak ni memang tak kisah je kena marah
dia bangun buat muka toya je sambil tengok jam
langsung tak hengat semalam dah kene balun ngan aku
aku marah aje
belom sampai pukul ek
harap maklum
piuuuuwww
legoo den
haiyee~

Sampai di sini karutan tak munasabah aku. Hingga bertemu lagi. Ceeewaahh!  *muka perasan hodug kembang - kembang kempeh*      * blink*      * blink*    hahaha 


Tajuk entri langsung takde kaitan. Saje aku buat camtu. Padahal nak cover takde idea nak taruk tajuk ape sebenarnya. Bweeek~

Menghampiri Namun Menjauhi

Malam 12. Uh, sekejap sungguh. Tak terasa langsung. Dan nyata untuk istiqamah itu sangat susah. Sama ada orang - orang lain juga merasakan ianya sukar atau tidak, itu aku tak pasti. Mungkin hanya aku sorang saja. Sudah tak lama nak raya. Ya. Ada sedikit rasa gembira. Tapi juga ada rasa sedih. Ramadhan semakin berlalu. Entah masih ada umur untuk bertemu lagi atau tidak. Moga - moga masih ada kesempatan. Amin..

Bila raya makin hampir, makin banyak yang bermain di kepala aku. Raya tahun ni rasanya kurang meriahnya. Sudah lama sebenarnya raya kurang serinya bagi aku. Mungkin bukan aku saja, mungkin ramai lagi yang menyambut lebaran dalam kekurangan. Tapi ramai juga yang menyambut raya dengan penuh keceriaan. Walau bagaimana keadaannya sekali pun, wajar untuk kita laluinya dengan penuh kesyukuran. Kerana berjaya menyempurnakan ibadah puasa. Juga kerana dipanjangkan umur lagi.


p/s : Moga - moga dapat puasa penuh. Walaupun agak mustahil. Hehe.

Dugaan-Nya

Sudah hari ketiga. Semangat yang awalnya berkobar-kobar kini makin kurang. Dugaan terlalu banyak. Bahkan hari pertama pun aku sudah tewas dengan tuntutan nafsu. Mujur hari kedua, akal mendahului hati. Alhamdulillah. Mudah - mudahan hari - hari seterusnya juga akal masih berkuasa.

Orang kata, kalau tengah lapar, kita mudah  naik darah. Betulkah? Entah. Mungkin ya, mungkin tidak. Jawapannya ada pada diri sendiri. Kerana terbiasa dengan hasutan syaitan, amarah menguasai diri walaupun hakikatnya semua sudah dirantai. Inilah masanya untuk mengenalpasti apakah selama ini kita termakan dengan bisikan - bisikan mungkar itu dan ternyata sedikit sebanyak jiwa sudah terdidik dengan amalan yang nyata harus dihindar. Tentu mereka sedang bersorak. Gembira ada anak adam yang tewas di tangan mereka. Nauzubillah. Mohon aku tidak termasuk dalam golongan itu. Namun usah khuatir. Kerana masih ada masa untuk tarbiyah. Masih ada waktu untuk berubah. Selama masih ada nyawa, selama itu masih terbuka peluang. Rebutlah sebelum sesal.

Sebetulnya ada peristiwa yang menyentap hati. Yang aku kira, tidak sesuai diceritakan di sini. Takut - takut timbul fitnah walau itu bukan niatku. Takut - takut juga niat asal melencong untuk cuba meraih simpati hingga rempah ratus ditambah demi memperhebat cerita yang tidak seberapa. Kalau ikut seruan hati, mahu aku katakan yang aku ini insan terbuang. Dikutip bila perlu, dicampak bila senang. Ditimang bila sunyi, dibuang bila ada yang menemani. Tempat curahan rasa. Tempat melempiaskan amarah. Dalam lautan kasih yang melimpah, aku sebenarnya masih menagih secebis rasa sayang. Sejak dulu lagi. Entah apa lagi harus aku lakukan demi diberi sedikit perhatian. Mungkin ada yang mengatakan aku insan tidak tahu bersyukur. Bukan. Bukan aku tidak tahu bersyukur. Tapi hati ini lebih tahu. Telinga yang mendengar dan mata yang melihat takkan sama dengan hati yang merasa. Jadi, jangan bicara sembarangan. Seharusnya aku tidak mengeluh bila ditimpakan ujian. Kerana menimpakan ujian itu adalah ALLAH. Seharusnya aku bersyukur kerana ALLAH masih ingin menguji aku. Bukti DIA masih kasih padaky. Mungkin kerana aku terlalai seketika dalam menempuh hidup ini. Kerana itu, ALLAH turunkan ujian supaya aku bisa mengukur sejauh mana aku akur dengan perintah-NYA selama ini. Alhamdulillah.

Aku tak perlu simpati. Juga tak mahu dikasihani. Cukup sekadar ada yang sudi meminjamkan kata - kata semangat buatku. Cukup sekadar ada bahu yang sudi dipijamkan buat aku mengaut kekuatan. Walau hanya secebis demi meneruskan hidup dengan hati yang cukup lemah. Kerana aku memang tidak cukup kuat untuk melawan kata hati yang kejam. Takut - takut suatu hari aku tewas. Mohon dijauhkan. Nauzubillah. Moga ada iktibar yang dapat diambil dari luahan hati yang kusut. Moga taipan ini tidak sia - sia. InsyaALLAH.

Ramadhan al-Mubarak

Alhamdulillah.. Tahun ini, dipanjangkan lagi umur, dijemput menjadi tamu bulan yang penuh barakah ini sekali lagi. Entah masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan lagi atau tidak selepas ini. Rata-rata ramai yang mengeluarkan status berkaitan bulan ini. Tak kurang juga yang menghantar sms buat teman2 sebagai tanda ingatan. Moga-moga niatnya ikhlas untuk saling memperingat tentang keberkatan dan kehebatan bulan ini dan sebagai semangat untuk sama-sama berusaha memperbanyakkan amal ibadah.

Bulan Ramadhan ini bulan tarbiyah. Bulan untuk kita mendidik diri menjadi lebih dekat kepada ALLAH 'azza wa jalla setelah sekian lama hanyut dalam khilaf. Bulan ini sebenarnya juga Syahrul Jihad. Jihad melawan nafsu setelah bebas daripada hasutan syaitan. Moga-moga iman kita cukup kuat untuk melawan nafsu. Bukan setakat menahan lapar dahaga, bahkan juga untuk menjaga mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan juga hati daripada melakukan perkara2 lagha.

Begitu ramai yang bergembira menyambut Ramadhan, berusaha memenuhi saf2 melaksanakan ibadah tarawikh. Tapi harus diingat, niat perlu dibetulkan. Apakah kita berlumba-lumba menjadi tetamu di rumah ALLAH kerana begitu mengharapkan keredhaanNYA atau sekadar ikut-ikutan. Nauzubillah. Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada segala sifat dan perasaan yang tidak baik. Berusahalah untuk menghadiri majlis-majlis ilmu, sesungguhnya setiap langkah kita itu diberi ganjaran pahala seumpama ibadah selama setahun. Subhanallah.. Betapa kasihnya ALLAH pada kita.

Janganlah hanya berseronok menyambut Ramadhan sebab raya nak dekat atau sebab dalam bulan ni ada bazar Ramadhan. Macam2 makanan ada. Tapi harus diingat. Ini juga sebenarnya jihad melawan nafsu. Tidak salah membeli, tetapi biarlah berpada. Jangan pulak terlalu ghairah hingga berlebih-lebihan dan membazir. Kita berpuasa bukan sekadar memenuhi tuntutan rukun Islam, bahkan juga untuk memberi rehat kepada perut kita yang bekerja bertungkus-lumus selama 11 bulan.

Harap2 semangat tu bukan di awal2 bulan aje. Tengah2 bulan dah rompong2 aje ke masjid dan suraunye. Jangan nanti bila dah hujung2 bulan, tinggal tok imam, bilal ngan tok siak aje sudah la ye.. Yela, dah hujung2 bulan tu la, org sibuk nk buat persiapan raya. Buat kuih raya la, jahit baju raya la, shopping baju raya la.. Selamat berpuasa dan beramal ibadah ye..Puasa taw jangan tak puasa  ^_^






p/s : rindu nak berbuka puasa dan bertarawikh dengan Mutiah, Mek, Dayah, Pipah dan kwn2 laen.. Juga salam takziah buat Syikin yang baru kehilangan ayah tercinta yang dijemput Illahi malam semalam.. Moga ditabahkan hati dan dikuatkan semangat..

Ibarat gelas tercampak ke dinding

Ketika aku menulis post ni, perlawanan berbaki lima minit aje lagi. Walaupun pakcik2 berbaju biru tu tengah berhempas pulas merebut bola dan menyumbatkan ke dalam kotak kecil berjaring tu, tapi aku tak rasa harimau malaya mampu menerkam lagi. Yep, memang ada sedikit rasa kecewa, tapi tak boleh nak salahkan mereka semata-mata. Deorang dah cuba sedaya upaya meh.. Malangnya pakcik2 berbaju merah tu memang cukup pandai berlakon. Nak melengahkan masa. See? Nampak sangat deorang sebenarnya tak yakin dengan diri sendiri dan takut dengan pemain2 kita.

At least Malaysia kalah pon, kita still percaya dan yakin dengan rakyat sendiri. Berpijak di bumi yang nyata. Bukan kejar kemenangan semata-mata sampai sanggup "culik" warganegara lain jadi warganegara deorang supaya boleh wakili si Singa. Kalau nak harap rakyat sendiri, mungkin tak kemana pon. Tapi aku rasa deorang lebih sesuai jadi pemain2 wayang, bukan pemain bola. Walaupun, pertahanan agak longgar wah..jadi pengulas sukan pulak aku.hahaha tapi untung ada si apek tu. Kalau tak memang berbijik-bijik lah yang bolos. Tapi, biasa lah..kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Bolos jugak sebijik.

Dulu aku tak layan bola2 ni, aku mula layan pon sebab seorang sahabat yang masih baru lagi aku kenal.Mungkin tak sampai setahun pun lagi.Hehehe. Nama dan identiti terpaksa dirahsiakan.  :)




p/s : comel pulak aku tengok si pengadil jepun tu. Hahahaha.

ANGIN

Semalam aku tonton wah,tonton kau..skema! haha Just For Laughs Asia..Gelak tergolek-golek aku.Hahahaha.Kadang-kadang memang boleh hilang stress bila tengok program2 cenggini.Paling aku tak boleh tahan, bila part kentut tu.Oppss..pelan cket ye,isu sensitif tu! Hahaha

Ade sorang mamat jaga kaunter ala-ala kaunter pertanyaan, pastu bila ada orang mai kat kaunter tue, dia kentut Bunyinye, masyaALLAH..dahsyat giiiileee habaq kat hang! Kehkehkeh.Org2 yang dengaq bunyi tue,  teruih buat muka pelik ala-ala dah terhidu-hidu aje baunye. Padahal takde bau pon. sebab dye bukan kentut betul2 pon Sumpah aku teruja tengok muka org2 tu. Agak2 macam mana muka aku bila aku plak yang ade dlm situasi tue agknye eh? Oh, aku taknak tengok cermin..Tapi biasanya aku buat biase aje, anggap macam takde ape berlaku. Muka maintain steady seh..Takde perasaan! Ngehngehngeh.....

Kalau korang la kan, tetibe tengah2 dalam tren ke, dalam bas ke, tetibe ade orang buat perangai gitu, benda first skali yg korang akan fikir ape? Kalau aku, benda pertama yang aku cakap dalam hati, " Heee..tak senonoh!" See? Negatif kan pemikiran aku? Padahal aku boleh je nak berprasangka baik kan. Boleh je kalau aku anggap orang tu dah desperate sgt. Tak sengaja ter-terlepaskan angin kurang menyenangkan tu.Kalau takde bau takpe lagi. Hehehe Ataupun, aku boleh je anggap orang tu mesti dah berusaha bermati-matian untuk menahannye, tapi terlepas jugak. Nak buat macam mana kan? Takpon, cuba ajelah letak diri kita dalam situasi orang itu, memahami keadaannya.Mesti dia pon taknak buat camtu sebenarnye, tapi benda dah di luar kawalan. Berserah ajelah...Atau mungkin dye tak boleh kontrol deria rasa kentut dia tu. Angin tu maen keluar ikot suka aje. Tak sedar pon bila keluarnye..Alorrh..macam usop wicha tu..hehehe *wink* *wink* *wink*

Tapi mende camni, isu biase kan. Hukum alam.Orang kate ape, natural alarm? Eh, yeke? Hehe.Maaf gue kurang periksa dong. Bukan boleh nak ditahan-tahan kalau dia dah bagi warning nak keluar, harus dikeluarkan jugak kan.Ye tak? Teringat plak masa aku plkn dlu, tgah2 ramai org tue, ade la sorang yang membuat onar melepaskan molekul2 gas yang berbau kurang enak. Wallahua'lam la sape kn..Tapi bukan aku.Itu yang pasti.Hehehe. Tengah semua org kecoh2 tue, jurulatih aku cakap. "Alah..biar lah..btol la tue dye kentut kat sini. Kentut kat mana2 pon bleh. Sebab takde tandas untuk kentut kan.." Hahaha.Aku sengeh aje dengor. Btol jugak kan. Jadi, sepatutnye tak jadi isu la bila ade orang kentut di tempat awam kan.


Kalau taknak ade orang kentut, sila paparkan papan tanda ini ye.
Sekian, terima kasih. :)

p/s : cakap pasal kentut, teringat pulak sorang budak batch aku masa skolah dulu.Nama dan identiti dirahsiakan. Hahaha.


terkenang padanya

Oh, penatnye hari ni. Baki penat semalam tak habis lagi. Semalam pon jejak lantai rumah pukul 12 lebih. 12 malam ye, bukan tengah hari.12 tengah hari aku macam cicak putus ekor tgah kehulu kehilir buat keje lagi tawu. Kelmarin balik kampung. Nun kat bagan datoh sane nun. Mesti ramai tak penah dengar nme tempat tue kn.Eleh, macam lah ramai yg bace kau punye post ni apple lemon oi!! Buat kenduri sikit.

Buat pertama kalinye aku jejak balik rumah kampung aku tue selepas hampir dua tahun tak balik. Lepas opah meninggal pada raya ketiga tahun 2009, aku memang tak penah balik sane dah. Mungkin ma aku tak kuat nak hadapi kenyataan kot. Aku sendiri pon tak kuat rasenye. Masa nak balik tu pon, aku rasa lain macam. Takut tak boleh nak adapt dengan keadaan baru. Yup, memang btol! Sepanjang aku kat rumah tu, terbayang-bayang arwah opah. Terdengar-dengar suara opah. Rasa rindu yang amat. Dulu opah sakit. Tak boleh berjalan. Dok rumah aje. Kalau atuk kuar, opah tinggal sensorang. Mesti sunyi. Tapi dulu, aku tak paham. Sekarang aku paham. Sebab sekarang aku pon dok sorang2 kat rumah. Memang sunyi. Kadang2 tertekan rasanye.Tapi at least aku boleh jugak berjalan-jalan kt luar, tapi opah boleh duduk dalam rumah aje. Patot la opah selalu moody aje dulu..

Malam yang aku tido kampung tu, hujan lebat. Guruh sangat kuat. Aku punyalah takot. Sampai tak boleh tido. Paklong sampai 2 kali azan. Risau pulak memikirkan atuk yang tinggal sensorang kt rumah tu sekarang..Tapi atuk bukannye mau tinggal ngan kitorang walau dah jenuh mengajak. Tetap nak tinggal kt situ. Mungkin teringatkan opah kot. Atuk sampai jual motor sebab teringat opah bila tengok motor tue. Masa nak balik semalam pun, masa lambai atuk, jenuh aku tahan air mata dari mengalir. Sedihnye rasa.. Mujur malam gelap, takde yang perasan air mata aku yang mengalir dalam perjalanan balik rumah.. Sampai aku habis tulis post ni pon, aku masih lagi menangis... T_T

hebat ke berkereta besar?

Masa aku jadi penumpang semata-mata, aku tak pernah kisah ape yang jadi atas jalan raya tu. Orang nak pandu kura-kura ke, makan angin ke, perasan diri tu pemandu Malaysia di litar sepang ke, sikit pon tak jadi kudis. Kadang-kadang aku heran kenapa mak aku selalu je bising2 time bawak kereta. Berkerut je muka.

Tapi sejak dah jadi pemandu perasan gila!haha., aku selalu je rase sakit hati. Rupa-rupanya memang tak ramai dah orang budiman atas jalan raya. Aku paling benci tengok orang berkereta besar berlagak macam jalan raya tu ayahanda dia yang punya. Dem! Bawak laju2. Lepas tu tukar lorong macam kereta lain2 tu semua batu kecil belaka. Heee..memang suka buat aku menyumpah dalam hati. Kau buat aku rasa yang kau sengaja nak tunjuk kereta besar kau tu. Macam hebat sangat. ok,memang hebat pun! Nasib baik lah aku takde kuasa magik, kalau tak memang aku sumpah sume kereta besar tu jadi seekor katak. Mesti comel tengok orang pandu katak kan? Haha~ tak senonoh gila otak aku.hehehe.

Aku paling suka orang yang nak tukar lorong yang pandai bagi signal terlebih dahulu. Nak2 pulak kalau dia nak masuk depan aku. At least aku boleh la slow kan kereta dan bagi dia ruang nak mencelah. Ni tak, ikot suka moyang dia je nak potong gitu. Kang aku cium bumper kereta dia kang free je. Aku ni bukan expert lagi bawak kereta, masih jolok buah cempedak luar pagar lagi, sila2 lah bertimbang rasa ye. Jangan engat kau dah dapat lesen 20 tahun, kau dah jadi senior atas jalan, segala ceruk jalan kau dah jejak, kau boleh buli aku yang junior lagi ni haa. Aku pantang tau!

Lagi satu aku paling tak suke bila ada orang yang bawak motor tengah2 jalan. Sama lah jugak dengan basikal. Boleh bawak tepi sikit tak? Bukan ape, kalau dapat yang bawak alahai...macam ronda2 pusing kampung  makan angin tue, mati kutu la aku nk ngekor nye. Orang laen ngejor masa tawu..Masa tu platinum. Jadi, tolong lah hormat aku sebagai salah sorang pengguna jalan raya, sebab aku pun hormat korang tau walaupun baru setahun jagung aku dpt lesen aku. Sekian, terima kasih.




pesanan ini dibawakan khas oleh APPLE_LEMON 

Kuasa Bulan

Baek. Terima kasih aku ucapkan kat ntv7. Sebab kembalikan aku ke zaman budak2 aku. Haha. Sekarang ni tiap2 hari Sabtu, pukul 10, keje aku ngadap tv tgk cte SAILORMOON. hahahahaha. Ni memang pebret aku la ni. Dulu masa aku kecik2 dulu, aku sanggup bangun awal semata-mata nak tengok cte ni. Taktau lah kenapa aku suka sangat tengok kartun ni. Mungkin sebab watak2 dia sume cantik2, tak pon sebab dalam cte ni, sailormoon tetap akan menang dan yang jahat sume kalah ok, satu cara yang bernas untuk menerapkan nilai2 baik dalam anak2..hehehe. ataupun sebenarnya sebab dia ada kuasa boleh tukar2 tu kan. Tapi aku lebih percaya yang aku tengok cte ni sebab adanya TUXEDO BERTOPENG yang hensem gilaaaa tu. Hahaha.

"dengan kekuatan bulan, akan menghukummu!!"

Yg ni sume org tau kot. Name dia sailormoon.
Boleh kate mcm dia la ketua segala sailor2 tu.

Yg ini sailor jupiter. Aku paling suka dia
sebab dia paling cantik dan paling cool.Hehe.

Haa..yg ini pebret cik abang sorang tu macam tak percaya kan dia pon layan sailormoon.haha. Nama dia ni sailor mercury. Kuasa dia ais kalau aku tak silap.

Yang ni kuasa dia rantai besi. Dia nampak sweet je kn..
Nama dia sailor venus.

Oh, yang ni paling garang antara semua. Cepat sangat nak marah.
Nama dia sailor mars, kuasa api memang sesuai lah dengan watak dia tu.hahaha.

Ok! Cik abang hensem ni la penyebab aku tak tido malam.
Dia bukan aje hensem tapi dia juga sweet romantik gila.
Hahaha. Dan dia la salah satu faktor kenapa aku nak
bermimpikan kawen anak raja.Hahaha. Nama dia tuxedo bertopeng.



p/s : Dulu aku tengok cerita ni aku sengeh ternganga aje. Sekarang aku boleh nanges hanya kerana tengok sailormoon. what the??? Aku nanges semata-mata sebab tuxedo bertopeng mintak putus dengan sailormoon. Ok, aku memang kuat nanges sekarang.Hampeh kan??!! Ngee~

report card

Semalam abah aku suh aku gi amek report card adek aku kat skolah dia. Gila! Nak pegi jumpa cikgu dia? Apa aku nak tanya? Nak cakap apa? Kalau takat amek, sign dan balek, bila2 masa pon aku rela. Kalau nak kena jumpa, tanya2, hailaaa~ Matilah aku! Aku ni bukannye jenis yang ramah-tamah ni. Orang cakap apa pon, aku sengeh aje.

Semalaman aku pikir nak cakap apa. Agak2 kalau aku sengeh angguk2 geleng2 aje, ok tak?  Hahaha~ Nampak sangat tak mesra. Apa pulak! Tu kira mesra la tu, kalau tak aku buat muka serius katak aje. Pagi tadi pon, ligat aku dok pikir nak cakap apa. Dah lah risau cikgu dia tak percaya kalau aku cakap aku ni kakak dia. Yelah, muka aku kan macam tak cukup umur aje. Kalau aku keluar ngan mak ngan adik aku tu pon, selalunya org cakap dia tu kakak, aku ni adik. Berasap je aku rase. Ngeeee~~

Aku sampai aje, ayat pertama yang aku dengar dari cikgu dia.. " Ni siapa?" Kan..kan.. aku dah cakap! Cikgu dia macam tak percaya je aku kakak dia. Haiyeee~~ Walau apa pun, sekarang dah selamat amek dan balek. Naseb baek cikgu tu tak cakap banyak sangat. Aku cuma cakap 3 ayat aje. Hahaha. At least, aku cakap jugak kan walaupun sebenarnya tu ayat piawai biasa bila parents pegi amek report card anak2.

" Adik saya dalam kelas camne ye? "
" Dia ada apa2 masalah ke? Dalam kelas cikgu? "
" Cikkgu mengajar subjek apa ye? "

Haaa..itu yang aku aku tanya. Hahaha~ Aku tetap anggap ini satu kejayaan walaupun remeh aje. Satu tepukan untuk saya.   Terima kasih, terima kasih..Hehe~ Sukahati aku la nak seronok pon. Apa kau kisah?  At least aku penah buat, kau ade? Ade? Ade? Bweekk~~ 


p/s : Setapak lebih maju menuju kedewasaan dan kematangan. Yeay!

muka-muka

" Tengok tu, buat muka. Orang cakap buat muka,"

Tu antara ayat yang penah kawan aku cakap kat aku dulu. Sumpah sikit pon aku tak percaya apa dia cakap. Apa buat muka? Muka tembok? Seri muka? Muka buku? Aku sikit punya khusyuk, fokus dga dia cakap, dikatanya aku buat muka. konon2 nak cakap aku protes dan tak setuju la tu. Tapi aku rase aku takde pon buat muka mcm yang dia cakap tu.Bermati-matian aku nafikan.

"Orang yang buat muka ni, dia mana tau. Nak aku rakam? "

Lebih kurang gitu la ayat dia bila aku nafikan apa dia cakap tu. Gila! Nak rakam muka aku apehal? Buat menakutkan lipas belakang almari? Tak payah! Memang aku tak pernah percaya apa dia cakap, sampailah mak aku sendiri yang tegur. Siap buat ulang tayang lagi. Masa tu abah aku call, cakap pasal *tuttttt* , di luar sedar aku, aku tercebikkan muka. Haha~ Rupanya mmg aku selalu buat muka gitu pon. Hailaa..buruk sungguh!

ni la muka yang aku selalu buat tu. Buruk betul perangai.

Sebenarnya kita semua ada satu habit yang kita buat di luar sedar kita. Setengah orang suka kedipkan mata tanpa sengaja. Setengah orang tengok tv sambil ternganga. Setengah orang bila makan dia makan sayur dulu,baru makan yang lain2. Setengah orang bila bercakap, mesti akan sebut sesuatu perkataan mcm mm... , aa... , kn... , dan mcm2 lagi. Benda ni lebih kurang mcm kita menguap. Kita tak boleh nak kawal. Sebab dah terlalu biasa buat. 

p/s : Karam Singh Walia pon ada habit cenggini jgak tau. Tangan dia! Hahaha. Sampai dah jadi trademark dia. Kalau maen permainan regu tu, yang teka2 guna isyarat tangan tu, mesti senang nak teka kalau buat trademark dia tu kn..Sebab dia sorang je yg buat gitu.  (^.-)v